BAB 10

2.4K 97 19
                                    


-Langit tak selalu cerah, ada juga hujannya tapi selepas hujan akan munculnya pelangi yang menyinari awan. Begitu juga kehidupan, tak sentiasa bahagia ada juga deritanya tapi ingatlah selepas itu pasti akan ada kebahagiaan yang muncul-

⛅⛅⛅

ADEERA memandang wajahnya yang bersolek itu di pantulan dinding lift, dia tersenyum. Mula lah berangan seorang diri, Tengku Zafril di sebelahnya sudah menjongket kening. Perempuan memang macam ni erk? Adeera menjeling sebaik saja dia menangkap pandangan Tengku Zafril padanya.

"Tengok-tengok, saya tahu saya cantik. Nak puji tu puji je lah, malu pulak" perli Adeera, Tengku Zafril hanya diam, lantak kau lah. Pintu lift terbuka, Tengku Zafril melangkah keluar manakala Adeera pula masih membelek wajah.

"Kau nak tinggal dalam ni ke perempuan?" perli Tengku Zafril, Adeera tersentak.

"Tch! Sabar lah" jawab Adeera, dia ingin melangkah keluar. Namun entah di mana silapnya, stilettos heel yang dipakainya itu termasuk di landasan pintu lift sewaktu melangkah. Untung Tengku Zafril sempat menyambutnya dari hadapan, kalau tak memang berdebuk lah dekat situ.

"A-awak" Adeera malu, tangan Tengku Zafril digenggam erat.

"Kau ni memang betul lah, jalan tak pakai mata" perli Tengku Zafril, masa kan Adeera tersadung di situ.

"Heels ni yang tinggi, bukan saya yang salah"

"Hm ya, kau mana pernah salah. Dah keluar lah, tunggu apa lagi? Tak cukup heel tersepit kat rails ni kau pun pulak nak tersepit kat pintu lift jugak?" perli Tengku Zafril, Adeera menjeling.

"Yow! Ha sampai pun, aku ingat korang tak nak datang sanding tadi" tegur Tengku Asyraf, dia ditugaskan untuk menjadi pengapit bersama Aqila.

"Hmph, sanding apa baru keluar lift stilettos sangkut" perli Tengku Zafril, Adeera menjeling.

"Dah, jom" mereka melangkah ke hadapan pintu dewan tertutup itu, dua bodyguard di situ dipandang sekilas.

"Weh Qila, ramai orang tak?" soal Adeera, gerun pula dia dengan ramai-ramai orang macam tu.

"Mesti lah ramai, contact parents kau contact tengku lagi ramai" jawab Aqila, Adeera menelan air liur. Tengku Zafril memberi lengannya buat Adeera di sebelah, Adeera pula menjongket kening.

"Berlakon lah sikit, adu!" tegur Tengku Zafril, Adeera menjeling sebelum lengan Tengku Zafril dipaut. Kedua mempelai itu berjalan beriringan masuk ke dalam dewan yang dipenuhi orang ramai. Pengacara majlis mula memainkan peranan, tidak lupa juga jurukamera yang tidak henti menangkap gambar mereka.

Tengku Zafril dan isterinya itu melangkah ke arah pelamin yang sudah tersergam indah di hadapan mata, semua tetamu hanya fokus ke arah mereka. Karpet merah menjadi tempat mereka berpijak, senyuman palsu menghiasi wajah. Perkahwinan yang berlangsung secara paksaan bukanlah perkara yang mudah untuk diuruskan. Beberapa persembahan diadakan antaranya persembahan zapin, silat dan lain lagi.

Setelah makan beradab, pasangan itu bergerak ke arah kek 4 tingkat yang disediakan buat mereka. Dengan arahan jurukamera, kek itu dipotong perlahan-lahan seiring dengan kamera yang menangkap gambar. Sesi suap menyuap dijalankan, Adeera menghalakan sesudu kek ke mulut Tengku Zafril.

"Nganga lah mulut tuh!" arah Adeera dengan mulut yang masih terkatup, cakap kena cover.

"Hesy tak nak! Aku tak suka makan kek" berkerut dahi Tengku Zafril membantah.

"Nganga atau saya baling kek ni kat muka awak!"

"Aku tak-"

"Everything ok?" celah salah seorang jurukamera di situ.

"Ahah, ok ok. Encik suami ni ha nakal nak kena pujuk makan kek macam bagi baby makan" jawab Adeera, jurukamera itu mengangguk faham.

"Nganga cepat, bagitahu mommy!" ugut Deera lagi, berkerut dahinya menahan marah terhadap Tengku Zafril. Mengada betul! Tengku Zafril menayangkan wajah redha, loya tekaknya menerima kek itu.

"Ok good tengku! Ok tengku, can you please grab her waist for a moment?" soal jurukamera itu. Mata Adeera membuntang, mati aku! Tengku Zafril tersenyum sinis, pantas tangannya melingkari pinggang Adeera dan menariknya rapat.

"You deserved it" bisik Tengku Zafril, Adeera menjeling.

"Shut the fuck up!" maki Adeera, Tengku Zafril tersenyum sinis sebelum tangannya mula beralih ke-

"Touch it and your life is over" Adeera memberi amaran tatkala tangan Tengku Zafril bermain di area punggungnya, bahaya betul lah dia ni.

"Bitch, you're my wife" balas Tengku Zafril, jari-jemarinya bergerak-gerak di pinggang Adeera. Sempat lagi mereka berbual sedangkan jurukamera sedang menangkap gambar mereka.

"Don't touch my ass or I'll kick something special of yours, pity on Tengku Imran tak ada cucu nanti" Adeera memberi amaran lagi, Tengku Zafril hanya tersenyum sinis. Gadis yang bergelar isterinya ini bukan calang orang, tak boleh bawa gurau.

"Ok tengku, fake laugh" arah jurukamera itu lagi, Adeera dan Tengku Zafril mula bergelak tawa. Palsu!

🌸 B E R S A M B U N G 🌸

.

.

.

.

.

Hii ,

Oppp !!! Before you go to the next chapter ,

Im glad if you guys sudi ;

V O T E
~•~•~•~•~•~•~
C O M M E N T

May God bless your day ! Thankyou

Sincere,
nurhanaaaaa

Hadirnya CintaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang