BAB 44

3K 102 59
                                    


Keep your smile ever because Allah is directing you to a much greater happiness.

⛅⛅⛅

"AKU TERIMA NIKAHNYA Maya Qisyara binti Zaidi dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai" senafas Tengku Zafril melafazkan akad ke atas perempuan yang tak pernah dia cintai, sungguh malang nasibnya.

"Sah?"

"Sah"

"Alhamdulillah"

Tengku Zafril hanya mendiamkan diri, dia redha. Lafaz akad ke atas Maya saat itu sungguh bagai mimpi, dia berjanji akan buat Maya sengsara setelah mereka berkahwin. Dia tak kan sia-siakan peluang itu walau sikit pun, sudah jelas terbukti memang Maya punca semua ini. Termasuk penceraiannya dan Adeera, gambar itu juga semestinya hasil perbuatan keji Maya.

Maya? Hanya senyuman sinis yang menghiasi wajah perempuan tak tahu malu ini. Bahagia hatinya saat itu, akhirnya Tengku Zafril sah menjadi miliknya. Bagai mimpi, dia berkahwin dengan CEO Syarikat Megah Holdings. Semestinya dia menjadi terkenal di pejabat nanti, hidupnya juga bakal berubah ke arah kekayaan.

Selesai pembacaan doa, tangan Puan Halimah disalam sebelum diikuti dengan Tengku Fida. Namun, wanita berusia hampir separuh abad itu hanya memberikan jelingan. Tambah lagi belum sempat Maya mengucup tangan Tengku Fida, ibu mertuanya itu sudah terlebih dahulu menarik. Majlis pernikahan itu berlangsung di masjid berdekatan, tidak mahu Tengku Fida menjalankan majlis itu di rumah agamnya. Jurugambar juga tiada, majlis itu hanya majlis sederhana malah sangat sederhana.

🐝🐝🐝

SEKEPING ROTI yang telah disapukan dengan jem nenas itu dilipat sebelum disuap ke dalam mulut, dia berjalan ke ruang tamu. Demamnya sudah beransur pulih, Firdaus juga yang menjaganya beberapa hari dia jatuh sakit. Entah bagaimana dia boleh rebah sebaik saja mendengar berita tentang Tengku Zafril, mujur Firdaus petah menjaga orang sakit.

Ting!

Notifikasi itu menandakan pesanan masuk dari seseorang, telefon pintarnya dicapai. Pesanan dari rakan karibnya itu dibuka, berderau jantungnya memandang foto yang dikirim kepdanya itu. Laju jantungnya berdegup, namun dia tetap cuba mengatur nafas.

"Sayang anak mommy, daddy awak dah bahagia dah dengan Auntie Maya. Diorang baru je nikah tadi, untung Auntie Maya dapat daddy kan? Mommy redha dengan semua ni, jadi anak mommy pun kena redha macam mommy tau. Lepas mommy bersalin, mommy akan jaga buah hati mommy ni macam nyawa mommy sendiri.

Tak ada sesiapa yang boleh rampas hak mommy lagi, mommy janji mommy tak kan senang-senang lepaskan apa yang ada dalam genggaman mommy tau" ujar Adeera, perutnya yang semakin membulat itu diusap perlahan. Telefonnya berdering minta diangkat, nama pemanggil dikerling. Senyuman diwajahnya terukir.

"Auntie Qila call lah sayang, mommy jawab sekejap yea" panggilan itu dijawab.

"Hello Cik Qila"

"Hello Dee, kau sihat?"

"Sihat alhamdulillah, kau macam mana?"

"Aku sihat je. Dee, tujuan aku send gambar tu cuma nak kau tahu je. Aku tak nak lah kau rasa kitorang membelakangkan kau nanti, kau ok kan? I mean, you're not doing something bad thing right?" soal Aqila, takut juga dia.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now