BAB 4

2.1K 97 23
                                    


- Unplanned momment are the best -

⛅⛅⛅

PINTU LIFT terbuka, Adeera yang masih meneguk air minuman coklat Oligo di dalam tin itu ingin melangkah keluar, namun entah bagaimana dia boleh dilanggar oleh lelaki bertubuh sasa yang tergesa-gesa hendak masuk ke dalam lift itu. Air yang diteguk habis tertumpah ke tudung, membuntang biji matanya. Aqila pula sudah terkebil-kebil, oh God habislah!

"EH ENCIK NI JALAN GUNA HIDUNG KE HA?!!" jerkah Deera tidak berpuas hati, mata letak kat bontot ke? Belum sempat keluar pun dari hotel tu, shawl miliknya yang berwarna cream itu sudah bertompok coklat. Tambah parah lagi, lelaki yang melanggarnya itu hanya menjeling seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Eh encik pekak ke apa!!"

"Tch. Kau nak apa ni? Kau yang langgar aku kan? Untung aku tak mintak ganti rugi baju"

"Ha?! Saya langgar encik? Eh hello hello!! Encik yang main redah masuk je tak tengok ada orang ke tak, now encik nak cop saya pulak yang salah?! Kebodohan apa ni?"

"Aku tak ada masa nak layan kau"

"Ril asal ni?" tegur seseorang lagi lelaki yang masuk ke dalam lift itu. Aqila masih mendiamkan diri di hadapan rakannya dan 2 orang lelaki ini.

"Awak siapa?" soal Adeera kepada lelaki yang baru masuk itu, mukanya berona merah akibat terlalu geram.

"S-saya Asyraf, cousin dia ni" tergagap-gagap lelaki bergelar Tengku itu menuturkan kata, takut dengan wajah gadis di hadapannya ini.

"Urm, kena-"

"Awak tahu tak yang cousin awak ni langgar saya and dia buat muka bodoh je! Please lah jangan cakap yang awak pun buta macam dia, awak boleh nampak kan shawl saya bertompok macam kulit lembu ni?" kata-kata lelaki itu dipintas, terkebil-kebil lelaki itu dibuatnya. Pintu lift itu sampai dah tertutup balik dah, namun berempat masih di situ.

"Eh hello? Awak dengar tak saya cakap apa? Ke pekak jugak Ya Allah!" jerit Deera kepada lelaki itu, kepala dipicit perlahan.

"Oh ha maaf ye, cousin saya ni memang macam ni. Dia salah pun dia buat bodo je, maaf ye miss?"

"Adeera"

"Ha ye Miss Adeera, deeply sorry" Tengku Asyraf menunduk, hormat.

"Dee dah lah tu" pujuk Aqila, Adeera hanya diam. Lelaki yang melanggarnya tadi hanya menjelingnya, langsung tak pandang muka aku? Kau dah langgar aku kau buat bodoh je erk!

Butang ke tingkat 18 ditekan, terus tak jadi nak keluar dengan tudungnya bertompok sebegitu. Tidak sangka pula lelaki dingin itu juga ingin ke aras yang sama, masing-masing hanya mematikan diri. Pintu lift terbuka, langkah mereka beriringan.

Adeera di dalam hati sudah sumpah serana lelaki depannya ini, dah lah tak handsome! Sampai sahaja mereka di hadapan pintu bilik, kelihatan 2 orang lelaki itu masih di hadapan mereka. Tanpa memandang sedikit pun, Adeera terus masuk ke bilik.

"Bilik awak kat sini ke?" tegur Aqila kepada lelaki yang memohon maaf tadi, kalau yang ni macam boleh runding.

"Haah, tak sangka pula kita jiran depan je"

"Urm tu lah, sorry pasal kawan saya. Dia kalau marah memang angin satu badan, maaf ye"

"Eh tak apa, cousin saya yang salah" ujar Tengku Asyraf. Aqila hanya tersenyum, baru sahaja dia hendak menolak pintu yang sedikit terbuka itu, suara lelaki itu menghentikan perbuatannya.

Hadirnya CintaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant