BAB 50

4.5K 118 18
                                    

Tolak lah jauh mana pun kalau jodoh, bersatu jugak. Usaha lah tinggi mana pun kalau tiada jodoh, berpisah jugak.

⛅⛅⛅

ADEERA bangun dari kerusinya, sungguh dia terkejut dengan kehadiran Tengku Zafril saat itu. Tengku Zafril pula tergamam, apa yang dilihat sekarang bagai mimpi. Matanya juga tak lepas dari memandang Adeera, sungguh dia rindu dengan senyuman wanita itu.

"Aril, sini makan" panggil Tengku Fida, yang lain hanya tersenyum melihat Adeera dan Tengku Zafril yang sudah bertemu kembali.

"Ehem!" Maya berdehem, Adeera tersentak.

"Ma Dee nak balik ma" ujar Adeera, masih berdebar dengan pertemuannya tadi.

"Dee, duduk dulu Dee" balas Datin Izzah, tangan anaknya itu ditarik.

Tengku Zafril memandang perut Adeera yang semakin membulat, syukur dia melihat anaknya yang membesar dengan baik di dalam perut. Dia mengatur langkah ke meja makan, kerusi yang kosong di situ menjadi tempat dia melabuhkan punggung.

"Sayang, awak sihat? Biy rindu sangat dekat awak sayang" ujar Tengku Zafril, terlepas sudu dan garfu di tangan Adeera. Tersentak seluruh ahli keluarga itu mendengar bunyi sudu dan pinggan kaca yang berlaga, Adeera menunduk.

Tengku Asyraf menyenggol lengan sepupunya itu, memberi tanda agar senyap. Jangan bertindak apa-apa memandangkan Adeera masih belum sedia menerima kehadiran Tengku Zafril. Maya menjeling tajam, terus dia menggedik semula.

"Urm, you nak apa? I ambikkan" ujar Maya lembut kepada suaminya itu, Tengku Zafril hanya diam. Pandang Maya sikit pun tidak malah matanya juga tak lepas memandang Adeera, mahu saja dia peluk wanita itu.

"Behave Ril" bisik Tengku Asyraf, Tengku Zafril masih diam.

"Ok dah alang-alang semua kat sini, so Acap ada benda sikit nak announce" ujar Tengku Asyraf memecahkan kesunyian, semua menumpukan perhatian padanya.

"Apa dia?" soal Tengku Fida, Adeera berkerut dahi memandang Aqila di sebelah. Dia menyenggol lengan Aqila yang tersenyum-senyum bagai kerang busuk, badan disengetkan.

"Kau dah kenapa?"

"Shhh, kau dengar je" jawab Aqila, Adeera mencebik.

"Ok semua, Acap dah bincang dengan mommy daddy. Diorang akan balik sini, discuss pasal pernikahan Acap dengan Qila!!! Kami dah plan nak kahwin hujung bulan ni" Tengku Asyraf berbicara, membuntang biji mata masing-masing.

"Omaigad!!!! Congrats weh!! Patutlah tersengeh-sengeh macam kerang busuk si Qila ni, nak kahwin dah rupanya" ujar Adeera, bahu rakannya itu dipeluk.

"Tu lah pasal, papa perasan jugak tau dari tadi si Acap dengan Qila ni tersengeh-sengeh. Siap main-main mata lagi, ada udang disebalik batu rupanya" celah Tengku Imran, semua tergelak.

"Walau apa pun baba doakan semoga Acap dengan Qila bersatu dan bahagia hingga ke anak cucu" ujar Dato' Ismail pula.

"Aamiin" serentak mereka semua berkata.

"Wah kau senyap-senyap jual minyak! Awal lah kahwin!" ujar Firdaus.

"Ahah! Benda baik tak boleh lambat-lambat"

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now