BAB 5

2K 98 6
                                    


- Tuhan beri apa yang kita perlu , bukan apa yang kita mahu -

⛅⛅⛅

ADEERA melangkah ke katil, tilam empuk miliknya menjadi sasaran. Patung beruang bersaiz besar di tepi katil itu disambar sebelum peluk erat, eee gewram! Seketika akalnya memikirkan lelaki dingin itu, kejadian sebelum dia pulang ke rumah terlayar di minda.

"Tengku?" panggilnya sebaik saja dia melangkah keluar, wajah dingin lelaki itu dipandang.

"Em" jawab lelaki itu sambil matanya masih ralit memandang skrin telefon, pandai pun nak hormat orang panggil tengku.

"Saya nak mintak maaf pasal saya tengking tengku semalam"

"Oh pandai rupanya nak slow down voice, ingatkan tertelan mic nak menjerit je kerja kau" jawab lelaki itu, semakin membuak marah dalam diri Adeera.

"What?! Eh tengku tahu tak, tengku yang salah tau suka-suka hati langgar saya. Lepas tu saya yang mintak maaf? Sepatutnya tengku yang mintak maaf tau!"

"Oh"

"Eh tengku ni memang tak ada perasaan ke erk? Kalau ikutkan hati nak je saya lempar tin tu dekat muka tengku semalam, perangai tak serupa orang!"

"So, asal tak buat je?"

"What?! Oh, tengku cabar saya?"

"Yes I do, pergi masuk dalam ambik air lepastu simbah kat muka aku sekarang" ujar lelaki itu, barulah pandangan diangkat ke wajah Adeera.

"Tunggu!" arah Adeera, dia masuk semula ke dalam biliknya. Secawan air paip diambil, Aqila yang memandangnya terkejut.

"Dee kau nak buat apa ni?!"

"Aku nak simbah kat muka mamat tak guna tu!" ujar Adeera, laju langkah diatur ke arah pintu. Tanpa memeriksa terlebih dahulu, pintu dibuka dan-

Splashhh!

"Dee!" jerit Aqila sebaik saja dia melihat Tengku Asyraf yang sudah basah disimbah air. Terkebil-kebil lelaki itu dibuatnya, air di dalam mulut dikeluarkan.

"Ya Allah! Salah orang, tengku maaf tengku. Saya tak sengaja, I'm deeply sorry tengku" tertunduk-tunduk Adeera memohon ampun, kalau kena daulat kat situ mampus.

"Tak apa tak apa, tak awak kenapa pagi-pagi dah main air ni?" soal Tengku Asyraf, wajahnya yang basah diraup

"Where is your cousin? Dia cabar saya simbah air kat muka dia lepas tu tiba-tiba hilang, dasar penakut!"

"Tak, saya suruh dia turun dulu tadi letak beg dalam kereta. Saya nak panggil Qila, baru je nak ketuk awak dah bukak pintu simbah saya"

"Oh God, I'm really sorry tengku. Saya tak ada niat nak buat tengku basah macam ni, deeply sorry"

"It's ok, tak apa. Jangan panggil saya tengku ye, panggil nama je" tegur Tengku Asyraf, dia tak suka panggilan tengku padanya. Adeera mengangguk, Aqila di sebelahnya sudah menjeling.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now