BAB 23

2.6K 103 20
                                    


Jangan disoal mengapa ku pergi, kehilanganku jangan dicari. Anggap saja kehadiranku hanya sebuah mimpi, tak perlu diambil tahu.

⛅⛅⛅

ADEERA berpeluk tubuh di balkoni rumah, jauh dia termenung. Entah apa yang bermain di fikirannya sehingga dia tidak mampu melakukan apa pun kerja, tambah pula dia masih risau dengan kesihatan Tengku Zafril. Suaminya itu berdiri di sebelahnya, dia menoleh.

"Zafril, demam awak dah ok? Kenapa keluar, angin malam ni buat awak sejuk nanti" ujar Adeera, Tengku Zafril hanya diam.

"Kenapa kau kat sini?" soalan berbalas soalan, Adeera mencebik.

"Tenangkan fikiran"

"Kau masih marah aku?" soal Tengku Zafril, wajah isterinya itu ditatap penuh pengharapan.

"Dia salah ke dia betul ke, nothing is matter now instead of kau rendahkan ego. Apa salahnya kalau kau minta maaf? End up nanti, kau juga yang bahagia kan"

Kata-kata Aqila masih terlayar di minda, Adeera membalas pandangan suaminya. Spontan, tubuh Tengku Zafril didakap. Terkejut Tengku Zafril dibuatnya, namun dia masih beriak biasa. Tidak tahu apa yang bermain di fikiran isterinya saat itu, tiba-tiba sahaja berubah.

"Dee, er kau ok?" soal Tengku Zafril teragak-agak, isterinya itu hanya diam melayani perasaan. Terdengar esakan dari Adeera, terus Tengku Zafril meleraikan pelukan. Dagu isterinya itu didongakkan, mata mereka saling bertaut.

"Ada something yang serabutkan fikiran kau sekarang Dee, bagitahu aku apa dia" lembut Tengku Zafril memujuk, Adeera hanya diam dengan airmata yang mengalir.

"Z-Zafril, s-saya s-saya" kata-katanya tersekat tatkala tangisan mula mengawal suaranya, Tengku Zafril terus menyeka airmata Adeera.

"Shhh, calm down. Rileks ok, semua benda ada penyelesaian" pujuk Tengku Zafril, belakang badan Adeera diusap lembut.

"Z-Zafril, saya isteri derhaka kan?" ujar Adeera, Tengku Zafril berkerut dahi.

"Hey, asal kau cakap macam tu!" soal Tengku Zafril pula, wajah Adeera dipegang dengan kedua tangannya.

"Awak, saya banyak buat dosa dengan awak. Saya kurang ajar dengan awak, saya abaikan awak. Saya tinggikan suara, saya mintak maaf. Saya tak ada niat nak buat semua tu. I'm deeply sorry Zafril, ampunkan saya" rintih Adeera, Tengku Zafril menggeleng sambil tersenyum tipis. Ibu jarinya menyeka airmata Adeera yang mengalir laju, mata gadis itu ditatap.

"Aku tak pernah anggap kau isteri derhaka Dee, kau isteri yang baik. Sepanjang kau jadi isteri aku, kau jaga makan pakai aku. Aku bersyukur dapat isteri macam kau, tak ada kurangnya kau dekat mata aku"

"Saya minta maaf abaikan awak sampai awak demam macam ni, saya mintak maaf buat awak stress sampai kesihatan awak terjejas"

"Tak, kau tak salah. Aku yang patut mintak maaf, aku yang salah buat kau macam tu. Aku tak fikir perasaan kau, aku mintak maaf"

"Tapi saya-"

"Dah, aku tak nak dengar apa-apa lagi. Lupakan apa yang dah jadi, kita mula hidup baru" kata-kata Tengku Zafril penuh keikhlasan, mata Adeera masih bertaut dengannya.

"Awak" panggil Adeera sebak, ada perkara yang perlu dia tanya.

"Hmm?"

"Saya nak tanya something"

"Tanya apa sayang?" lembut suara Tengku Zafril menyapa halwa telinga Adeera.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now