55

76 23 0
                                    

CHAPTER 55
s i g h

YOONGI termenung. Sudah hampir beberapa jam dia memandang pemandangan bandar kecil daripada tingkap biliknya. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia dalam kepenatan.

Aedirn hanya memerhatikan. Setelah kejadian semalam, Yoongi memohon pada dia supaya tidak tanya lagi tentang apa yang terjadi setelah dia hilang ingatan. Setiap kali Aedirn tanya kenapa, Yoongi akan kesakitan lagi.

Aedirn tahu ini perbuatan sihir. Sihir yang kuat. Kuasa sihir yang dia kenal sangat siapa pembawa dan pengamalnya.

" Kau boleh ikut aku kalau kau tak ada benda nak buat di sini. " Aedirn meletakkan cawan kaca yang sudah kosong itu di atas meja. Langkahnya terus diaturkan ke arah jaket kulit yang dia letakkan di kerusi bilik tersebut.

Yoongi mendiamkan diri. Wajahnya ditoleh ke arah Aedirn. Dia memerhatikan lelaki itu lama, berfikir.

" kau pasti kau kenal aku sebelum aku hilang ingatan? " Yoongi menyoal, inginkan kepastian. Aedirn hanya mendehem sahaja dengan soalan yang diajukan oleh lelaki itu.

" Kita kesuntukan masa, Yoongi. Bukan kau sahaja yang kena benda ni. Kawan kau juga sama. " Aedirn memberitahu walaupun dia tahu reaksi Yoongi akan terkejut mengetahui bahawa dirinya ada kawan sebelum ini.

" Oh mereka juga kena seperti aku? "

Aedirn menoleh ke arah Yoongi. Wajahnya serius. Jadi Yoongi tahu yang dirinya mempunyai kawan? Dia sudah ingat ke?

Yoongi menyengih apabila melihat reaksi Aedirn. Dia tahu kenapa Aedirn bereaksi begitu. Perlahan-lahan Yoongi menggelengkan kepalanya.

" Aku nampak bayangan dan rasa kewujudan mereka, Tapi aku tak kenal mereka siapa. " jawab Yoongi, wajah Aedirn berubah seperti sedia kala. Aedirn kembali menyarungkan jaket kulitnya pada tubuh.

" kau taknak tanya kenapa aku bunuh orang sejak aku hilang ingatan? " Yoongi menyoal lagi, Aedirn melirikkan matanya ke arah Yoongi. Dia menganalisis lelaki itu sebelum memusingkan tubuhnya ke arah pintu bilik.

" mungkin kau sudah hilang ingatan, tapi aku masih dapat rasa keinginan kau untuk balas dendam. Sebab itulah kau pilih untuk lepaskan kemarahan kau pada orang lain. " Jelas Aedirn. Dia memulas tombol pintu bilik tersebut kemudian dilapangkan.

" kau boleh ikut aku untuk dapatkan lepaskan dendam kesumat dalam jiwa raga kau tu ataupun kau boleh duduk di sini dan membazirkan tenaga kau pada manusia yang tak bersalah. " Aedirn memberikan kata terakhir sebelum dia melangkah keluar.

Yoongi melepaskan keluhan. Dia memang tak ada pilihan.

Seokjin duduk di atas batu laut sambil mendengar bunyi ombak laut berlibasan dengan kapal-kapal yang ingin menamatkan pengembaraan mereka di jeti yang dia ada sekarang.

Wajahnya suram.

" Seokjin? "

Kepala lelaki itu terus menoleh ke arah si pemanggil. Kelihatan seorang wanita yang sudah berumur memandangnya dengan senyuman. Terus, Seokjin membalas senyuman wanita itu dengan senyumannya juga.

" Apa yang kamu buat tu? Bantu pesakit-pesakit ini ke rumah rawatan. " arah wanita tersebut. Seokjin mengangguk kecil lantas mengatur langkah ke arah barisan panjang lelaki yang dalam kesakitan daripada kapal yang baru berlabuh.

crystal.Where stories live. Discover now