50

160 39 30
                                    


CHAPTER
t h e m o n s t e r s h e b e c o m e

JERITAN kuat Alana membuatkan semua orang terhenti. Pergerakkan mereka yang berada di dalam istana menjadi perlahan dan suasana di dalam istana menjadi malap. Ke semua cahaya lampu di dalam istana mula berkelip-kelip seakan ingin terpadam.

Jungkook melirikkan matanya ke arah Alana. Aneh sekali, tubuh Alana seakan mengigil.

Namjoon lekas menghampiri Jungkook dan lainnya. Dia memerhatikan Alana dengan teliti. Firasatnya kuat mengatakan ada sesuatu yang ganjil pada Alana.

" Jangan sentuh dia!! " Alana menjerit lagi. Jeritannya terasa seperti angin dingin yang sejuk. Serta merta Hoseok dan Taehyung terundur sedikit kebelakang kerana terasa seperti graviti angin menolak tubuh mereka.

" kau semua sudah keterlaluan! " tengking Alana lantas mengangkat wajahnya. Bengis, kebencian yang meluap-luap jelas kelihatan. Rambutnya menjadi hitam dan beberapa helaian putih kelihatan. Matanya mencerlung tajam, ada cecair hitam mengalir pada wajah. Alana sedang menangis.

Taehyung tersentak. Dia nampak semua ini di dalam bayangannya semasa mereka baru sahaja tiba di Skyfall. Ini tak boleh dibiarkan. Jika Alana hilang kawalan, mereka akan—

Tangan Alana diraup pada wajahnya. Lemah gemalai gerakkan tangan dia lantas membentuk sebuah pusaran di hadapan tubuhnya. Kemudian, dia mengangkat tangannya ke udara.

" σκιά του θανάτου " kata Alana dengan suara lantangnya. Sejurus itu, bagaikan ada bayangan hitam muncul pada permukaan lantai istana.

Putera Aedirn yang ada di situ daripada tadi menjadi terpana. Matanya bergementaran. Mantera yang disebutkan oleh Alana, dan bayangan hitam ini..

Membuatkan dia mengingati semula peristiwa hitam itu.

" ini.. " Kitsune menekup mulutnya. Dia tak sangka apa yang dilihatnya adalah nyata. Tambahan lagi apabila melihat perubahan drastik Alana yang kini kelihatan seperti dewi purba di zaman dahulu. Fizikal wajah Alana berubah sepenuhnya.

" Hades.. apa yang kau dah buat pada anak kau..? " Kitsune mengumam perlahan.

" Το φάντασμα που αγαπώ, Μάρα! " suara Alana sekali lagi bergema. Lantai istana menjadi retak seribu dan bergegar pada masa yang sama. Bayangan hitam semakin lama mengaburi pandangan mereka semua.

Jungkook terpusing-pusing. Dia mencari kelibat tubuh Alana, tetapi tak berjaya. Kabus hitam menyukarkan gerakkannya.

Buat seketika, dia merasakan ada sesuatu yang aneh. Dia melihat sekeliling dan mendapati sekelilingnya gelap. Hitam. Bagaikan tiada penghujung.

Jungkook tercungap-cungap. Bagaikan sesak nafas dalam kabus hitam tersebut.

Pada masa yang sama, suatu bayangan hitam yang tinggi lampai bergerak ke arahnya perlahan-lahan. Jungkook membawa keluar pedangnya dan ingin menebas bayangan tersebut. Tetapi walaupun hayunan pedangnya mengena pada bayangan tersebut, bayangan itu masih ada.

Jungkook terduduk di atas lantai, tak mampu membuat apa-apa. bayangan itu mendekat. Sebiji bebola mata muncul pada bayangan tersebut membuatkan Jungkook terkejut.

" υπηρετούμε την πριγκίπισσα, τραυματίζουμε την πριγκίπισσα,
πεθαίνεις. "

crystal.Where stories live. Discover now