22

583 137 280
                                    


CHAPTER 22
g e t  g o i n g

— p r e s e n t C I N T R A

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

— p r e s e n t
C I N T R A

JUNGKOOK sedang mengemas barangnya. Akhirnya, mereka akan pergi meninggalkan Cintra setelah mendapat amanat yang terang dan benar daripada Raja Elvis. Raja Elf yang memerintah Cintra.

" Cari permata crystal kelapan. Ia mungkin seseorang seperti kamu ataupun hanya bertatahkan permata. Masalahnya, permata ini tak dapat dikesan di mana-mana Northern Realms dan beta yakin permata ini disorok sepenuhnya. Malah Skyfall juga tidak tahu kewujudan permata kelapan. "

" Jadi beta harap kamu semua boleh jumpa permatanitu dahulu sebelum pihak yang salah ketemu ia. Sebarang utusan daripada Dewa Hermes, beta akan sampaikan. Cuma satu sahaja, elakkan daripada terpedaya bulat-bulat seperti yang sebelum ini. Ia teramat berbahaya. " Jelas Raja Elvis berkata dengan intonasi yang serius dan tegas. Wajahnya diperketatkan.

Jungkook tahu yang misi mereka dapat sekarang ini bermain dengan istilah hidup dan mati mereka. Tiada kristal kelapan, tiada peluang lah untuk mereka hidup dengan aman di dunia ini. 

Keluhan berat terlepas daripada bibirnya. Wajahnya sayu, tiada semangat. Pada masa yang sama, dia teringatkan Alana. Gadis itu juga dalam bahaya kerana mereka beranggapan bahawa gadis itu telah menjadi mangsa rasuk bagi tiga dewi.

Kerana itulah Alana mempunyai kuasa luarbiasa, kuasanya mungkin kerana rasukkan dewi tersebut. Dan Alana mungkin tak sedar bahawa dia telah dirasuk.

Namjoon mengutuskan untuk mencari Kristal sambil mencari Alana sekali. Memandangkan sudah seminggu berlalu, mungkin ianya sukar untuk jejaki Alana.

Begnya terus dizip rapat. Tanpa Jungkook sedari, kelihatan Namjoon menyandar tubuhnya pada daun pintu. Memandang lelaki itu dengan wajah yang prihatin.

" Jungkook, kau okay? " soalan yang diinginkan jawapan akhirnya terpacul pada bibir Namjoon.

Jungkook berkalih pada lelaki itu, matakya bekerdip buat seketika sebelum mengangguk perlahan. Redup sahaja pandangannya.

Namjoon mengukirkan senyuman segaris. Dia terus memaut bahu Jungkook dengan cermat.

" Yang lain dah bersedia, kita akan tunggang kuda elfs untuk ke daerah Temeria. "

G o r s V e l e n
T E M E R I A

RAY jalan bersebelahan dengan aku dengan senyuman pada wajah. Kami berada di Gors Velen, Temeria untuk upacara pertabalan Raja yang baru bagi kerajaan pepari.

Temeria merupakan satu daerah di mana pepari berada. Mahluk manusia yang juga disumpah. Temeria penuh dengan pepari, kata Ray. Dia selalu mengajak aku ke Temeria kerana di sana kerap melakukan pesta besar-besaran. Ray sukakan pesta.

crystal.Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα