48

95 40 4
                                    


CHAPTER
o n e o f u s?

BERITA itu jelas membuatkan mereka semua terkejut dan tak sangka.

Alana dengan elegannya melambaikan tangannya secara perlahan-lahan ke arah para tetamu. Majoriti, ke semua tetamu bersorak untuknya. Bergemuruh ruang legar istana itu dengan suara tetamu.

Melihat perubahan drastik pada Alana membuatkan semua terpana. Tak percaya pun ada. Alana nampak okay. Nampak seperti selesa dengan keadaannya sekarang.

Dia tak kelihatan seperti ingin berjumpa dengan mereka pun.

Itu membuatkan Jungkook tertanya. Mereka mahu menyelamatkan Alana, tetapi Alana mahu diselamatkan ke..?

" stick to the plan. "

Bahu Jungkook ditepuk. Jungkook menoleh ke arah si empunya tangan, kelihatan Taehyung memberikan dia pandangan yang meyakinkan.

" jangan overthinking, dia masih Alana kita. " dengan nada yang yakin, Taehyung berkata. Itu membuatkan keyakinan dalam diri Jungkook pulih semula, walaupun tak banyak. Jungkook masih lagi dihurung dengan tanda tanya. Sebolehnya, dia mengelakkan diri dia daripada terhanyut di dalam fikirannya sendiri.

" Selamat datang kepada ke semua tetamu yang sudi hadiri ke majlis pertabalan hari saya sebagai pewaris Skyfall. " Suara Alana bergema daripada tempatnya berada. Suaranya kedengaran biasa. Wajahnya juga nampak berseri dengan gaun yang dipakai. Dia nampak begitu ceria.

Jungkook bagaikan terganggu. Bagaimana dia boleh seceria itu sedangkan mereka semua mati-matian ingatkan dia dah mati?

" Malam yang indah ini, saya sungguh berbesar hati untuk memperkenalkan diri saya kepada wakil rakyat Skyfall yang saya sayangi. Terima kasih kerana telah mendukung saya selama ini. Saya berjanji akan melakukan tugas yang baik dalam memperjuangkan tanah air kita sebagai penduduk Skyfall! " ucapan bersemangat oleh Alana membuatkan semua tetamu di situ juga merasakan semangatnya. Mereka semua bersorak-sorak nama Alana berulang kali.

Alana sudah tersenyum puas. Kemegahannya terasa. Senyumannya melebar dan secara tiba-tiba pandangan nya bertembung dengan Jungkook. Buat seketika, pandangan mereka bertautan.

Jungkook merasakan hatinya berdegup kencang. Rasa seperti teruja dan gementar. Tangannya bagaikan berpeluh sejuk. Pandangan Alana tak sama seperti selalu, dia sedari itu.

" Namun, ada sesuatu yang saya mahu maklumkan. " Alana mula berbicara, nadanya berubah serta merta menjadi mendalam, tegas. Pandangannya menjadi tajam ke arah Jungkook. Jungkook boleh merasakan perasaan benci yang meluap-luap daripada pandangan Alana.

" saksikan.. ada di antara kita terdapat beberapa penduduk Northern Realms dan antara mereka merupakan Kristals. Mereka yang menghalang mimpi dan hasrat kita untuk mempertahankan Skyfall. Pengawal, kelilingi mereka! "  Arah Alana dengan begitu tegas. Wajah Alana terus berubah daripada ceria menjadi bengis.

Jungkook tersentak, begitu juga Taehyung yang berada di sisinya. Serta merta, semua orang memandang ke arah mereka dengan pandangan yang terkejut. Ada di antara mereka memandang mereka dengan penuh benci. Pengawal-pengawa istana mulai mengelilingi mereka dengan padat. Senjata di angkat dan diaimkan tepat pada mereka semua.

" shit. " gumam Jungkook. Dia memandang Taehyung yang hanya mendiamkan diri, kekal tenang. Nampaknya kedatangan mereka ke sini memang benar satu helah yang licik.

" Plan batal. " Namjoon tiba-tiba menyuarakan suaranya dengan begitu lantang. Mereka semua mendengarnya dan para tetamu menjadi bingung. Namun bagi kumpulan Jungkook dan yang lain, mereka sudah ketahui apa maksud itu.

crystal.Место, где живут истории. Откройте их для себя