23

529 125 226
                                    


CHAPTER 23
d i s t a n c e

WAJAH Jungkook memandang aku dengan pandangan redup

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


WAJAH Jungkook memandang aku dengan pandangan redup. Dia langsung tak berubah sedikit pun macam kali terakhir aku lihat dia. Cuma perubahan pada wajahnya, eye bag.. dan juga matanya nampak lebih kuyu daripada biasa.

Renungannya teramat dingin. Aku dapat rasakan keperitan pada retina mataku. Terus, aku alihkan pandangan. Tetapi aku masih dapat rasa kedinginan yang terhasil daripada kuasanya.

" hentikan ia, Jungkook. " nadaku mendatar tatkala mengutarakannya. Jungkook terus menunduk terpunduk. Dia menggosok belakang lehernya.

" Kau buat apa di sini? Bukan sepatutnya di Cintra? " soal aku, pelik. Hanya Jungkook sahaja yang kelihatan, tiada Yoongi? Taehyung? Seokjin? Namjoon? Hoseok? Jimin?

" kami dalam misi. "

Kami. Maksudnya, ada juga yang lain. Cuma tiada bersamanya sekarang ini.

" oh okay. " kataku, masih dengan pandangan redup padanya. Tubuhku dipalingkan bertentangan daripadanya, ingin mengatur langkah pergi.

Tetapi dia lekas menghampiri aku, tangan ini ingin diraihnya. Aku pantas menarik tangan aku, jauh daripada dia dan menjarakkan tubuh kami.

" Kau dah lupa? Jangan hampiri aku mahupun sentuh. " aku menderam, mataku pincing padanya. Mencerlungnya tajam. Membuatkan Jungkook terundur sedikit.

Tetiba Ray datang menghampiri. Langkahnya menjadi perlahan apabila melihat aku bersama Jungkook. Kami berdua dipandang olehnya bersilih ganti. Tangannya penuh dengan bungkusan makanan.

Tetapi apabila melihat wajah tak selesa aku, terus dia berdiri di hadapan tubuh aku. Memisahkan jarak antara aku dan Jungkook.

" Kau sedar tak kau buat kawan aku tak selesa? " Keningnya dijungkitkan pada Jungkook dan lelaki itu tak terkata apa. Aku yang melihat hanya melempiaskan keluhan.

" Siapa dia ni, Alana? " namaku ditekankan oleh Jungkook. Aku menggulingkan anak mata. Ray kelihatan berang apabila diperlakukan sebegitu oleh Jungkook. Wajahnya nampak tegang.

" Siapa kau cakap dia huh? Aku depa— "

" Ray, sudah. Mari pergi. " aku terus menarik lengan gadis itu dan meninggalkan Jungkook. Tatkala aku memandang ketepi, aku melihat Yoongi dan Hoseok berdiri dihadapan kami, memandang aku dengan pandangan terpana.

" Alana? "

Aku melempiaskan rengusan dan berlalu pergi ke arah berlainan. Kali ini, Ray mengiringi aku. Ikut sahaja langkah yang aku aturkan. Dia tak bercakap banyak, seperti sudah tahu yang aku dalam mood yang tak elok.

crystal.Where stories live. Discover now