28

602 127 332
                                    


CHAPTER 28
h i m

TANGAN kekar milik Jungkook merangkul pinggang ramping milik aku

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.


TANGAN kekar milik Jungkook merangkul pinggang ramping milik aku. Tarikannya begitu lembut, barangkali tak mahu aku tercedera tatkala dia menolong aku menaiki kudanya. Pandangannya berhati-hati, takut dia tersilap tarik tangan aku.

Aku hanya melihat wajahnya. Tak percaya dengan apa yang Namjoon beritahu tadi. Wajah sedingin Jungkook ini mempunyai sisi yang lembut? Mustahil.

Rasa dingin kesejukan membaluti diri tatkala aku duduk di belakang Jungkook; atas kuda ini. Tanganku memegang erat pelana kuda tersebut; bimbang sekiranya pacuan laju kuda itu membuatkan aku hilang imbangan dan jatuh.

" okay? " dengan nada yang sarut, Jungkook menyoal. Aku terkejut, tatapi sempat mengawal tindak tanduk ini. Jungkook memandang aku melalui ekor matanya, menunggu jawapan. Aku berdehem, tanda mengiyakan sahaja. Dia terus memandang kehadapan, menyaingi pacuan kuda kawannya yang lain.

Tetiba, Jungkook membelok arah kudanya dengan menarik tali kekang pada pelana

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

Tetiba, Jungkook membelok arah kudanya dengan menarik tali kekang pada pelana. Mengikuti arah Namjoon. Itu menyebabkan aku terlepas daripada peganggan pelana kuda. Aku hilang imbangan badan, menyebabkan tubuhku tergelincir daripada pelana tersebut.

Jungkook tangkas. Cukup tangkas tatkala menyedari aku tergelincir. Dengan tangan kekarnya, dia menarik lengan aku lantas pinggang rampingku dirangkul dan tubuhku diletakkan dibahagian hadapan dia.

Mataku terbuntang. Aku dapat rasakan hembusan nafas dingin Jungkook pada telinga aku. Jungkook dengan selambanya melibas-libas tali kekang kudanya untuk menyaingi pacuan kuda kawannya yang lain. Terbungkam aku jadinya.

" wangi juga kau ni ya? "

Dalam kelajuan pacuan kuda, dia sempat membisik sesuatu pada telinga aku. Bebetul pada telinga ini. Nafasku tersingap, tak berani nak menoleh. Mungkin sahaja wajah aku boleh berselisih dengan wajahnya kalau aku menoleh.

Dan kata-katanya..? Aku tak pasti itu adalah pujian atau pun sindirian. Tetapi, entah kenapa aku jadi gugup. Kehangatan mula terasa pada wajah ini. Baru aku sedar wajahku sudah merona merah. Mujur saja aku duduk di hadapan lelaki ini, dia tak boleh lihat wajah aku.

crystal.Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα