44

154 46 21
                                    


CHAPTER 44

jungkook's point of view

AKU akhirnya sudah tersedar.

Terasa seperti kepala aku begitu berat. Kelopak mataku juga mengambil masa yang perlahan untuk digerakkan. Pandangan disekeliling aku kabur buat seketika. Badan aku juga terasa lenguh-lenguh. Ingatan aku sebelum pengsan semuanya samar-samar.

Berapa lama aku tidak sedarkan diri?

Tangan aku terasa hangat. Pandanganku dialihkan ke arah sisi. Kelihatan Jimin sedang memegang tanganku erat sambil kepalanya longlai di atas permukaan katil. Taehyung juga ada di sisi bertentangan dengan Jimin. Keduanya terlena disamping aku.

Buat seketika, aku cuba untuk mengingatkan semula apa yang sebenarnya terjadi sebelum aku pengsan.

Uktena... ya kami sedang berlawan dengan raksasa yang menyusahkan itu..

dan.. Alana — Kejap, Mana Alana?..

" hyu..u..ng? " aku cuba untuk bersuara.

Suara aku terasa begitu serak memandangkan tekak aku kering. Barangkali kerana tidak minum air buat masa yang lama sepanjang aku tak sedarkan diri. Entah berapa lama aku tak sedarkan diri..

Serentak, kepala kedua lelaki itu terus terangkat dan mata mereka membuntang. Wajah mereka dipalingkan ke arah aku dan iris mata mereka mengecil.

" Jungkook dah bangun! "

Mereka berdua sekali lagi melakukan perkara yang sama dengan serentak dengan mengatakan penyataan yang sama.

" sakit.. telinga aku.. bodoh. " jawab aku membuatkan Jimin tersenyum simpul. Daripada wajahnya dia nampak begitu terharu. Matanya juga berkaca.

Jimin terus menarik aku ke dalam rangkulan pelukannya dan Taehyung menarik nafas lega.

" aku bersyukur sangat yang kau tak pergi tinggalkan kitorang dulu macam dia buat. " kata Jimin dengan suara yang serak.

" di..a? " soal aku. Wajah Taehyung serta merta berubah dan pegangan Jimin padaku terus melurut.

" Kenapa..? Ada sesuatu dah jadi? " soal aku lagi, cuba bangun daripada posisi baring. Badan aku memang betul-betul rasa lemah, mahu lakukan pergerakan pun sukar.

Jimin dan Taehyung kelihatan teragak-agak. Seperti ada yang disorokkan sesuatu. Aku hanya memandang mereka dengan pandangan yang pelik.

Pada masa yang sama, Namjoon dan Seokjin masuk ke dalam kamar. Wajah mereka yang nampak gusar terus menjadi lega apabila melihat aku.

" Jungkook.. kau dah bangun. " kata Seokjin sambil tersenyum lega.

" Namjoon hyung.. dia sudah tanya tentang Alana. " Taehyung memberitahu Namjoon. Serta merta wajah lelaki itu menghadap ke arah aku. Namjoon memandang aku sejenak sebelum dia mengukirkan senyuman pada Taehyung dan Jimin.

" tak apa, ini beban aku untuk beritahu dia sebagai ketua. " jawab Namjoon dengan senyuman. Taehyung mengetap bibir, dia memandang Jimin dan memberi isyarat untuk keluar bersama Seokjin.

crystal.Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα