26

564 128 209
                                    


CHAPTER 26
a f r a i d

MATAKU terpaku pada hutan belantara yang betul-betul ada dihadapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


MATAKU terpaku pada hutan belantara yang betul-betul ada dihadapan. Kadang kala, tiupan angin sesepoi membuatkan dedaun pohon hutan tersebut bergerak-gerak menghasilkan bunyi yang boleh membuatkan kau tenang. Aku kini sedang mengambil udara nyaman di luar. Saja nak tenangkan diri.

Entah kenapa, sekarang ini aku rasa seperti kosong dan kosong. Seperti tiada perasaan wujud dalam diri ini. Yang membuatkan aku lagi bimbang, walaupun tadi Hoseok dan Taehyung membuat lawak yang sungguh melucukan aku langsung tak berikan sebarang reaksi.

" Alana "

Kepala lantas tertoleh, kelihatan tiada sesiapa. Debaran mula terasa. Rasa ketakutan mula menguasai. Suara lunak milik seorang gadis yang aku tak kenali memanggil nama aku dengan mendayu-dayu tetapi aku gagal mencari dari mana suara tu datang.

" Alanaaa "

Aku berpaling lagi. Berkerut dahiku cuba mencari suara tersebut. Perlahan-lahan langkah terundur kebelakang. Angin seolah-olah semakin menderu kuat.

" Melinoe "

" Alana? "

Terhinjut bahu ini apabila merasakan tubuhku terlanggar seseorang yang berdiri dibelakang aku. Mataku menangkap wajah Yoongi yang memandang aku curiga.

" kau.. okay ke? " soalnya sambil memerhatikan aku yang sedang bernafas berat. Terus, aku menjarakkan diri daripadanya. Yoongi terdiam, tetapi hanya membiarkan.

" okay. " aku mengelakkan diri daripada bertentangan mata dengannya. " minta diri dahulu. " ujar aku dengan tergesa-gesa. Tetapi lelaki itu terlebih dahulu memegang lengan aku, membuatkan langkah ini terus terhenti.

Wajahku berkalih ke arahnya. Kelihatan Yoongi memandang aku dengan pandangan yang tajam. Seakan sedang merenung roh aku. Pandangannya cukup tajam membuatkan aku lemas dalam renungan dia.

" kau dah lain. " gumam Yoongi, matanya menjadi redup. Aku menundukkan wajah, tak mahu bertatapan dengan nya lagi.

" Lepaskan aku, Yoongi. " pinta aku tetapi lelaki itu tetap mengenggam lengan ini. Wajahnya masih sama, merenung aku tajam.

" ada sesuatu jadi sewaktu kau tenggelam dalam lautan kan? " teka Yoongi membuatkan aku tersentak. Wajahku terus diangkat, memandang dia. Wajahnya kelihatan serius, rahangnya bergerak-gerak memperlihatkan dia sedang mengacip giginya sekarang.

" Tell me, please. " Yoongi bersuara lagi, kali ini suaranya berubah, seperti penuh kesayuan. Matanya seakan mendesak aku meskipun pandangannya kelihatan tanpa perasaan.

crystal.Where stories live. Discover now