32

537 127 294
                                    


CHAPTER 32
c a n n i b a l l

CHAPTER 32 c a n n i b a l l

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

— a t s k y f a l l

FELICIA memandang luka berparut pada lengannya. Tenungannya lama, cuba mengamati bait-bait simbol yang ditoreh pada lengan semasa dia diberikan penanda bahawa perperangan antara Skyfall dan Northern Realms semakin hampir.

Memikirkan tentang peperangan, hatinya rasa ringan sedikit. Sudah lama dia mahukan perperangan antara kerajaannya dan Northern Realms. Tak lama lagi, hasratnya akan tercapai.

" Bonda sedar tak bahawa peperangan tak akan menamatkan apa-apa? "

Suara parau milik anaknya mula berkumandang di dalam benak mindanya. Felicia memejamkan mata, ditarik nafasnya mendalam dan cuba mengosongkan fikiran. Tetapi dia gagal.

" Bagaimana jika Skyfall kalah? Bonda akan buat apa? Kita akan menjadi hamba abadi kepada kerajaan Northern. Bonda tak fikir tentang kesannya? "

Felicia merengus kasar. Kerutan pada wajahnya kelihatan dan dia segera membetulkan pakaian lengannya, menutupi parut-parut pada tangan.

" Ini satu-satunya cara, Edmund. Bonda tak boleh menarik balik perjanjian. " gumam wanita itu perlahan, seraya menunduk. Dia tahu banyak perkara dia perlu fikirkan jika perperangan antara Skyfall dan Northern Realms berlaku. Banyak kesan— banyak juga faedah.

Kerana itulah, mereka perlu menang. Tak kira apa jua yang berlaku, Skyfall mesti menang dalam pertempuran itu. Matanya melilau, merasakan ada sesuatu merenung dia daripada jauh.

" Ray. " panggil Felicia membuatkan sebuah keluhan berat dilepaskan oleh seorang gadis bernama Ray. Dia menampakkan dirinya di belakang Felicia sambil membuat muka tak berpuas hati.

" Bonda tak adil, boleh kesan Ray dah. " majuk Ray sambil mencebik dengan wajah yang menjengkelkan. Felicia hanya mengekalkan keseriusan pada raut wajah.

" aku mahu kau ekori Alana. " perintah Felicia jelas membuatkan raut wajah gadis itu berubah. Matanya membuntang lantas keningnya bertaut.

" Kenapa pula? Bukan harit — "

" aku kena pastikan dia jatuh. " Felicia memotong kata-kata Ray. Wajahnya memandang Ray dengan pandangan yang mencerlung tajam. " Dia mesti dijatuhkan dan menghapuskan Kristal itu. " tambah Felicia lagi sebelum mengalih pandangannya ke arah bertentangan. Ray terdiam.

" Bonda risau ke jika Alana akan bangun? "

Kata-kata Ray membuatkan jantung Felicia seakan terhenti daripada denyutannya. Mata wanita itu dilirikkan ke arah Ray yang kini berwajah tegang.

crystal.Where stories live. Discover now