54

68 26 7
                                    

CHAPTER 54
n o

ALANA hanya berdiri di hadapan balkoni. Daripada tadi, dia hanya memerhatikan gerak geri Jungkook yang sedang berlatih bermain pedang di padang istana. Meskipun hujan turun mencurah-curah dan menyebabkan pakaian lelaki itu lenjan, tetapi Jungkook langsung tak endah.

" Tuan Puteri, Lelaki itu enggan masuk ke dalam istana. Patutkah kami gunakan kekerasan?" Salah seorang pengawal memberitahu. Alana memeluk tubuhnya lantas terus mengatur langkah.

" biar saya bercakap dengan dia."

Sesampai sahaja di kawasan luar istana, seorang pengawal memayungkan Alana. Alana hanya berjalan, tanpa peduli bahawa pengawal tersebut kebasahan kerana memayungi dia.

Jungkook menghayunkan pedang kebelakang dengan begitu pantas. Alana terhenti daripada melangkah dan bilah pedang Jungkook hampir mengenai leher Alana.

Namun, wajah Alana hanya kekal tenang. Pengawal yang ditugaskan melindungi Alana terus mengangkat pedang mereka dan diacukan ke arah Jungkook.

Jungkook melirikkan matanya ke arah Alana, menyedari kehadiran gadis itu.

" turunkan pedang kamu." Pengawal di sebelah Alana memberi amaran. Suaranya kedengaran keras.

Jungkook memandang ke arah pengawal itu. Wajahnya kelihatan tegang sebelum dia menurunkan pedangnya. Sekali lagi, pandangannya berakhir pada Alana.

" Masuk." Alana mengarah. Mata Jungkook dan Alana bertautan. Alana dapat rasa pandangan maut Jungkook. Seperti ada sesuatu ditahannya dalam-dalam.

" biar aku di sini." Pinta Jungkook, mula membelakangi Alana tetapi tubuhnya pantas ditumbuk pada abdomen oleh salah seorang pengawal di situ dan kemudian tubuh Jungkook terpusing kehadapan menghadap Alana semula. Pengawal itu dengan kasar mendudukkan Jungkook sambil melutut.

" Kau rasa aku bagi kau jawatan pengawal setia pada kau untuk kau pijak kepala aku?" Alana menyoal dengan wajah tanpa eksperiasi.

Jungkook mengalihkan pandangannya ke arah berlainan.

" Kau menjijikkan, sepatutnya kau sudah tak berguna tanpa kristal kau." Alana menyambung lagi, kata-katanya bagaikan tusukan yang tajam mengenai Jungkook.

" patutnya kau dah mati katak di tangan aku, tetapi aku bagi kau peluang untuk hidup. Ini cara kau balas apa yang aku buat?" Nada suara Alana semakin meninggi. Urat di lehernya kelihatan. Jungkook masih menunduk sambil hujan membasahi kepalanya.

Alana memberikan isyarat pada salah seorang pengawal kemudian pengawal tersebut mengusung Jungkook dengan kasar memasuki ke dalam istana. Meskipun Jungkook menepis tangan pengawal itu, tetapi pengawal tersebut masih memegang lengan Jungkook agar lelaki itu tak lari. Alana mengeluh perlahan apabila melihat Jungkook telah memasuki ke dalam istana.

Sebelum Alana memusingkan tubuhnya menuju ke istana semula, dia memandang ke arah hutan yang tebal di hadapan istana.

" aku akan jaga dia."


" berambus aku kata!"

Yoongi mula menjerit-jerit bagaikan histeria apabila menyedari tubuhnya telah terikat erat pada katil dalam bilik tersebut. Wajah lelaki itu berpeluh, rambutnya terselak kebelakang dan dia kini berada di sebuah bilik yang asing.

Aedirn hanya memerhatikan, dia memeluk tubuhnya sebelum menghampiri Yoongi.

" kau tak hilang ingatan kan?" Aedirn menyoal. Seakan yakin dengan pertanyaannya itu.

Yoongi tertawa. " hilang ingatan?" Soalnya, nadanya kedengaran meremehkan. " kau buat lawak apa?" Tambah Yoongi lagi, seakan tak percaya apa yang Aedirn katakan.

crystal.Where stories live. Discover now