06

603 142 338
                                    


CHAPTER 6
k i t s u n e.

SETELAH Namjoon memastikan Jimin telah pergi menembusi ke dalam portal bersama Alana, Lelaki itu terus memandang kawannya yang lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETELAH Namjoon memastikan Jimin telah pergi menembusi ke dalam portal bersama Alana, Lelaki itu terus memandang kawannya yang lain. Wajahnya serius, rahangnya kelihatan tegang.

" mereka dah pergi— sekarang tugas kau, Taehyung! " Namjoon melaungkan suaranya agar kelima kawannya itu dengar akan suara dia. Dia memberikan isyarat pada Taehyung dan lelaki itu mengangguk pantas.

Ke semua berlari ke arah mana Jimin pergi tadi. Larian mereka begitu pantas. Menakala Taehyung hanya berdiri di pada posisinya, memandang sekeliling dengan pandangan yang tajam— bengis. Cahaya hijau mula bersinar daripada mata nya.

Jungkook tetiba berhenti daripada berlari, dia menoleh ke arah Taehyung yang ditinggalkan bersendirian. Mereka semua tahu Taehyung boleh handle seperti yang Namjoon arahkan. 

Tetapi Jungkook rasa tak sedap hati. Permata Taehyung retak, mungkin magis Taehyung tak akan berfungsi dengan baik.

Dan apa yang dia jangka itu adalah benar.

Ke semua mahluk hitam itu mengerumuni Taehyung dengan pandangan yang tajam dan kelaparan. Mereka nampak lebih agresif daripada awal tadi dan mula menerkam ke arah Taehyung.

Taehyung cuba mengangkat kapaknya ke udara, dia menghayunkan kapaknya selama lima pusingan mengakibatkan angin kencang di kawasan itu. Mahluk hitam itu terpusing-pusing kerana angin kencang tersebut.

Kemudian Taehyung mengumam ayat asing pada dirinya, dia mengangkat kapaknya tinggi ke udara dan menghentak ia pada tanah. Kuat. Batu-batu tanah berterbangan. 

Ke semua mahluk itu berterbangan, bagaikan ada tolakkan graviti. Ada di antara mereka terkena pada pokok-pokok yang ada di sekitarnya. Mereka terkulai pada tanah, tak sedarkan diri.

KREAKK!

Mata Taehyung membuntang apabila dia mendengar bunyi retakkan tersebut. Nafas beratnya menjadi tak tentu apabila dia melihat kapak kristalnya mula retak, satu demi satu daripada pangkalnya sehingga kepada pemegangnya.

Mata Taehyung serta merta berkaca. Hatinya seakan hancur berkecai— rasa perit mula terasa pada hulu hatinya.

Jungkook terpana dengan keadaan itu. Dia lihat segalanya. Tanpa berlengah, dia berlari ke arah Taehyung dan dapatkan lelaki itu. Bahu Taehyung dipegangnya.

" Hyung— "

Pada waktu yang sama, Kapak kristal Taehyung retak keseluruhannya dan hilang menjadi debu yang berterbangan. Taehyung seakan terpempan, air matanya mengalir.

crystal.Where stories live. Discover now