39

511 116 98
                                    


CHAPTER 39
d e a d b o d y

CHAPTER 39 d e a d b o d y

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ALANA sememangnya degil... dan gila. Itulah apa pandangan Jungkook pada gadis itu.

Dia melihat gadis itu meluru ke arah Uktena tanpa ragu-ragu. Cukup pantas pergerakkan nya sehinggakan Jungkook tak bekerdipan kerana perkara itu berlaku secara pantas. Ia hanya sebentar sahaja
kemudian Jungkook tidak lagi melihat keberadaan Alana setelah mendekati Uktena tersebut.

Gadis itu serta merta hilang bagaikan abu-abu yang berterbangan.

Wajahnya berubah raut. Rasa debaran yang menghambat diri daripada tadi mula memuncak. Dia cuba menghampiri Uktena yang mula melarikan diri; tak tahu kenapa. Setelah mahluk itu telah mendapatkan Alana, terus ia berundur.

Dengan hati yang dihambat perasaan risau dan cemas, dia cuba menghentikan Uktena. Menghalakan pedang kristalnya ke arah pandangan mahluk itu. Serta merta ia menghentikan pergerakkan Uktena.

Jimin dan Seokjin mendekati daripada jauh. Terkejut beruk mereka apabila melihat posisi Jungkook yang kelihatan seperti menyerah diri kepada si Uktena.

" di mana Alana?! "

Kemudian serentak, Jimin dan Seokjin berpandangan. Alana tiada, dan Jungkook menyoal di mana keberadaan Alana pada Uktena. Adakah mahluk itu telah mendapatkan Alana?

Melihat Uktena langsung tidak memberikan balasan yang dia mahukan, binatang itu terus ingin membaham Jungkook. Mujur sahaja, lelaki berdingin ais itu licik mengelak.

Jungkook berguling di atas tanah kemudian merapati bahagian belakang uktena. Dengan segala kudrat jantan yang dia ada, dia menikam bahagian belakang Uktena– tetapi ia langsung tidak lut. Mata Jungkook membuntang.

Uktena menyedari lelaki itu di belakangnya. Segera, ia menelusuri ke arah Jungkook. Segala pohon dan semak samun semuanya hancur akibat badannya meluru ke arah lelaki itu.

Jimin yang melihat, terus membuka langkah. Dia melibas tali kekang kuda, membuatkan kudanya pantas bergerak. Dia menghayunkan tangannya ke udara membuatkan senjata kristal muncul pada peganggan.

Jimin tak membuang masa untuk menjerut tubuh Uktena membuatkan binatang itu terkebelakang. Terhenti pergerakkan ia yang mahu menyerang Jungkook. Ngauman kuat kedengaran dan ia meronta-ronta ingin dilepaskan daripada jerut tali kristal kepunyaan Jimin.

Jimin mengukirkan senyuman puas. Lantaran itu, dia memacu kudanya kebelakang membuatkan binatang itu terseret mengikuti arahnya. Tanah bergumpalan akibat seretan tubuh bersisik Uktena.

crystal.Where stories live. Discover now