36

530 127 195
                                    


CHAPTER 36
m o v i n g

DENYUTAN pada kepala seakan masih lagi terasa tatkala kelopak mata dibuka perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DENYUTAN pada kepala seakan masih lagi terasa tatkala kelopak mata dibuka perlahan. Mata berkerdip perlahan, cuba untuk menyesuaikan diri dengan cerahnya cahaya mentari daripada celah-celah langsir.

Dalam benak pemikiran hanya ada satu, satu perkara yang membuatkan diri ini masih lagi terasa debaran daripada alam mimpi tadi. Aku menarik nafas dengan dalam sebelum dilepaskan.

Kristal itu, aku perlu pertahankan.

" sudah bangun? "

Suara sarut milik Yoongi membuatkan lamunan terpotong begitu saja. Mata dilirikkan ke arahnya dan kelihatan lelaki itu sudah berpakaian lengkap untuk memulakan perjalanan. Itu menbuatkan aku dihurung rasa serba salah seraya pantas bangun daripada baringan.

" aku sudah lambat? " soalku dengan gusar, serta merta menyarungkan sepatu pada kaki. Yoongi hanya memandang sambil menggeleng.

" kau tak lambat, cuma aku memang seorang yang suka siap awal. " Yoongi berkata dengan senada sebelum menghenyak punggungnya di atas birai katil. Baru aku perasan yang aku berada di kamar lelaki ini, Yoongi.

Pasti kerana hal semalam. Bila teringat kembali, malu pula rasanya. Aku menekup mukaku dengan sebelah tangan, keluhan kecewa dilepaskan.

" macam mana keadaan kau? " kepala tertoleh ke arah Yoongi yang hanya memandang ke arah tingkap kamarnya. Merenung suasana di luar tingkap, matanya yang keputihan grey bersinar-sinar kerana terkena pantulan mentari. Wajah polosnya jelas menunjukkan pandangan nya kosong.

" aku okay sahaja, mana kristal aku? " terus, aku menyoal tatkala menyedari kristal lutsinar keputihan itu tiada dalam poket pakaian.

" Kristal kau? "

" ya, yang semalam— "

" Maksud kau ini? " suara garau milik seseorang menjengah pendengaran kami berdua. Aku menoleh, menakala Yoongi hanya melepaskan deraman nafas, matanya masih merenung suasana luar tingkapnya; seakan tahu siapa gerangan itu.

" Hoseok. " bibirku membentukkan sebuah senyuman. Lelaki yang tinggi lampai itu mula mengorak langkah mendekati seraya menghulurkan permata kristal lutsinar itu pada aku.

" Ianya permata Diamond, boleh tahan juga taste kau ya? " Hoseok bergurau, aku hanya tersengih sambil merenung permata tersebut. Mujur tiada cakaran atau cacat cela langsung.

Yoongi daripada tadi memerhatikan kristal pada tangan aku. Matanya tak bekerdipan.

" mana kau dapat kristal ini? " soal Yoongi dengan curiga membuatkan aku dan Hoseok memandangnya.

crystal.Where stories live. Discover now