13

579 129 513
                                    


CHAPTER 13
t h e  b a l l.

" KAU mesti pakai gaun yang tercantik di Northern Realms! "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" KAU mesti pakai gaun yang tercantik di Northern Realms! "

Aku yang masih membaringkan tubuh di atas katil hanya merengek perlahan, membantah apa yang dicadangkan oleh Kitsune. Tubuh ini rasa begitu penat dan tak berdaya sejak perlawanan semalam.

Hari ini, aku diberitahu kecemasan oleh Hoseok bahawa Kitsune bercadang mahu mengadakan Majlis besaran di Northern Realms menyambut kemenangan aku menundukkan seekor Wyvern dengan begitu mudah.

Aku di layan seperti patung dia dalam Istana ini. Seperti sekarang, dia sedang memilih baju untuk aku pakai semasa majlis tersebut.

" kau patut pakai yang ini, ya! Yang ni! " katanya dengan begitu teruja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" kau patut pakai yang ini, ya! Yang ni! " katanya dengan begitu teruja. Bagaikan dia yang akan memakai gaun tersebut. Aku hanya mendiamkan diri, perlahan-lahan diri aku diulit mimpi.

Tetiba bantal aku ditepuk berkali-kali. Sudah semestinya Kitsune tak akan benarkan aku tidur.

" apa?.. " soalku lemah dan melihat wajah Kitsune yang bersinar-sinar. Dia ukirkan senyuman yang melebar.

" jangan lupa dipakai gaun itu, aku berdandan dulu ya? Jumpa malam ni! " katanya dengan girang sebelum mengangkat gaunnya; berlari keluar daripada kamar aku.

Sebaik sahaja pintu tertutup rapat, aku melentokkan kembali kepala di atas bantal. Keluhan berat dilepaskan keluar buat kesekian kalinya.

Tetiba pintu diketuk, perlahan. Aku bangun, kepalaku ditoleh ke arah pintu tersebut dan didapati Jimin menjengukkan kepalanya ke dalam kamarku.

Senyuman meniti pada wajahnya tatkala menangkap wajahku yang masam mencuka itu. Doa tertawa kecil. Matanya bersinar kerana pantulan daripada lampu kamarku.

" boleh aku masuk? " pintanya sopan, menghormati bahawa ia merupakan kamar aku. Aku mengangguk perlahan dan lelaki itu terus sahaja melangkah masuk.

crystal.Where stories live. Discover now