41

275 68 40
                                    


CHAPTER 41
w o r s t t h a n e v e r

NAMJOON dihurung dengan keresahan yang memuncak

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

NAMJOON dihurung dengan keresahan yang memuncak. Walaupun dia perlu mengatasi masalah ini dengan tenang, tetapi memikirkan dia bakal kehilangan seorang kawannya membuatkan semangatnya meluruh.

Seokjin menyedari, dia lantas memberikan pandangan semangat kepada lelaki itu membuatkan Namjoon berasa sedikit kelegaan. Pandangan mereka mula tertancap pada Jungkook semula.

Wajah Jungkook sudah menjadi putih— pucat lesi. Bibirnya sudah menjadi kebiruan dan perlahan-lahan nafasnya beransur perlahan. Menandakan dia akan pengsan tak lama lagi.

" Jungkook..? Jungkook jangan. Jangan pergi lagi! Bertahan! " tempik Seokjin tanpa cuba mengawal emosinya. Namjoon mengetap bibir. Dia tahu mereka tak boleh keluar daripada hutan ini dengan mudah.

Untuk merawat Jungkook, mereka perlu lakukan segalanya dengan cepat. Sudah tentu mereka perlu pergi berjumpa Kitsune untuk menyelesaikan segalanya, tetapi mereka tak mempunyai masa yang cukup.

" Jimin! " panggil Namjoon.

Daripada jauh, kelihatan Jimin menangisi sekujur tubuh gadis dihadapannya. Siapa lagi kalau bukan Alana? Taehyung dan Yoongi sayu sahaja memandang tubuh yang sudah tak bernyawa itu. Jimin berpaling ke arah Namjoon seraya menyeka tangisnya.

" ya hyung..? "

Namjoon, Seokjin dan Hoseok bagaikan tergamam apabila melihat mata sembap Jimin.

" kenapa kau menangis? " soal Hoseok, prihatin. Wajahnya nampak termangu-mangu. Jimin melepaskan keluhan yang berat, jelas kehibaannya.

" Alana.. dah tiada. "

Serentak, mereka bertiga terperanjat dengan berita yang disampaikan Jimin. Namjoon makin resah jadinya. Mata Jimin melirik ke arah Jungkook yang kelihatan terseksa dengan lukanya yang tak sembuh-sembuh lagi.

" Hoseok Hyung, sembuhkan lah Jungkook.. dia nampak tenat. " Jimin melutut di sebelah Jungkook seraya mengenggam tangan lelaki itu. Jungkook bagaikan tak sedar diri, matanya hanya terpaku pada langit sambil bernafas berat.

Hoseok tak tahu nak kata apa. Dia memberikan isyarat mata pada Seokjin dan mujur lelaki itu memahaminya.

" Kristal Jungkook.. retak. "

Sekali lagi, air mata pada tubir mata Jimin bergenang.

" Jimin.. dengar elok-elok. Aku berikan kau satu tugas yang berat. Aku tahu sebagai kristal Amethyst, tenaga kuasa kau untuk melakukan portal besar yang boleh memuatkan kelapan-lapan kita teramatlah sukar. Tetapi boleh tak kau lakukan nya sekarang? " Namjoon menyoal Jimin soalan yang serius pada situasi hening. Jimin terdiam sejenak.

crystal.Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt