29

525 126 299
                                    


CHAPTER 29

LELAKI itu memandang ke arah Yoongi dengan pandangan yang mencerlung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


LELAKI itu memandang ke arah Yoongi dengan pandangan yang mencerlung. Wajahnya kelihatan tegang tatkala Yoongi menunjukkan kekasaran padanya.

" You know what? We will go to other place. " Namjoon berkata seraya mengukirkan senyuman, cuba bertoleransi dengan lelaki gempal itu. Dia seperti tak mahu sebarang pertelingkahan berlaku.

Tetapi Yoongi tak faham.

Dia membuka langkah, menghampiri ke arah lelaki gempal itu dengan wajah yang bengis. Api kemarahannya boleh kelihatan bagaikan aura hitam menyebulungi diri.

Hoseok terlebih dahulu melangkah, dia menahan bahu Yoongi dengan tangannya. Lelaki itu membisik sesuatu pada Yoongi membuatkan Yoongi menghentikan langkahnya. Nafas Yoongi berat, matanya masih tajam mencerlung lelaki tersebut.

" mari kita keluar. " dengan tegas, Namjoon berkata seraya mengatur langkah keluar. Aku mengetap bibir, rasa serba salah dengan apa yang berlaku. Langkah Seokjin pantas diaturkan ke arah Namjoon, lantas dia merentap tangannya. Lelaki itu terpusing, memandang wajah Seokjin.

" Namjoon, dah lewat malam. Bahaya kalau nak teruskan perjalanan untuk cari rumah persinggahan yang lain. " ujarnya membuatkan lelaki itu terdiam buat seketika.

Namjoon dan Seokjin berbisik sesuatu. Mataku teralih ke arah lelaki yang gempal itu. Masih lagi merenung segenap tubuh ini. Terbit rasa amarah dalam diri ini apabila maruah keperempuanan aku direndah-rendahkan oleh lelaki tersebut.

" korang telah ambil masa yang lama. " lelaki gempal memetik jarinya dan serta merta lampu dalam rumah persinggahan ditiup secara sendiri; membuatkan rumah itu menjadi gelap gelita. Kami semua terpempan lantas memandang sekeliling.

" dia witch! " pekikkan Namjoon membuatkan semua orang gundah gulana. Termasuk aku. Aku cuba mengundurkan diri, merasakan ada sesuatu yang tak baik akan berlaku.

Namun aku tak boleh nampak apa-apa membuatkan langkah aku terbatas. Tetiba seakan ada tangan seseorang merentap pergelangan kedua tangan aku dengan kasar. Hampir jatuh terjelepok diri ini kemudian tubuhku dirangkul kasar. Aku menjerit tatkala merasai ada tangan melingkar pada tubuh aku; meraba.

Nafasku tersingap dan dadaku dihambat dengan rasa gusar yang teramat. Aku menjadi panik, segera aku menepis degala tangan yang menyentuhi tubuh ini tetapi semakin lama, ia semakin banyak yang memeluk. Seperti bukan tangan untuk seorang manusia. Ada Ramai!

" Alana? Mana Alana?! " tempik Namjoon daripada jauh dan aku dapat dengarkan nya. Aku ingin menyahut tetapi ada tangan seseorang yang lekas menekup mulutku dengan tuala. Itu membuatkan suara sahutan aku tidak dapat didengari.

crystal.Where stories live. Discover now