CHAPTER 14
t h e e i g h t h c r y s t a l
MAJLIS tari menari itu seolah-olah tamat begitu sahaja. Malam masih muda, tetapi oleh kerana keadaan menjadi haru-biru tatkala pengunguman cemas daripada Kitsune bahawa keberadaan Crystal kelapan membuatkan semua tak tentu arah.Sekujur tubuh gadis di bawa masuk oleh Seokjin dengan penuh hemah, Namjoon ada di sisi Seokjin juga turut mengiringi gadis tersebut. Mereka semua nampak begitu ambil berat dengan gadis yang baru mereka jumpa.
Aku hanya memerhati, melihat mereka semua berkerumun disekeliling gadis yang berkerudung hitam membaluti tubuh. Perlahan-lahan kerudung yang disarung pada kepala di tanggalkan.
Aku seakan terpempan. Gadis berpakaian baju serba hitam, rambut hazel likat bersama anak mata yang kecoklatan perang keseluruhannya memandang mereka semua. Nafas gadis itu turun naik apabila melihat ramai mahluk mengerumuni dia.
" siapa kamu semua? " soalnya dengan nada yang sarut. Wajahnya menegang, kedua tangannya di angkat; sebagai pelindungan.
" Jangan risau, kami Crystal. Sama seperti kau. " Seokjin dengan lembut berkata. Yang lain mengangguk setuju.
Mataku dilirikkan ke arah Jungkook. Kelihatan dia melihat gadis itu dengan penuh keterujaan. Keadaan itu, berbeza sungguh dengan kali pertama mereka jumpa aku.
" Crystal.. " Gadis itu berkata perlahan, wajahnya dilurutkan. Dia memandang seorang demi seorang di hadapannya sebelum matanya terhenti pada aku.
KAMU SEDANG MEMBACA
crystal.
FantasiTujuh kristal, satu peluang. Dua nama, satu jurang. Bala daripada hujan meteor yang diturunkan daripada dewa dewi membuatkan separuh daripada populasi manusia mengalami kecacatan. Kecacatan yang luar biasa. Ada di antara mereka yang mempunyai ku...