CHAPTER 33
p r i n c e a e d i r n" JADI untuk seseorang seperti kau ikuti kitorang, kau kena berhati-hati. " Pesan Jimin lagi, kali ini wajahnya serius memandang aku. Tiada selit tanda guruan atau apa. Wajahku berubah.
" Aku kena tukar baju. " aku terus menoleh kebelakang dan Jimin menahan aku dengan memegang pergelangan tangan. Wajahku terpusing, memandangnya.
" Tak, kau duduk saja dekat dengan kitorang. Jangan pergi jauh. Semuanya akan jadi okay. " nasihat Jimin, cuba menenangkan aku. Aku hanya mendiamkan diri dan Jimin mengukirkan senyuman manis padaku.
" Sekarang dah lewat, ada baiknya kita pergi sekarang. "
—
JUNGKOOK berubah rautnya apabila melihat aku keluar bersama Jimin daripada bangunan rumah persinggahan. Jimin dengan kebudak-budakkannya, mendepakan tangan, tak mahu diriku dinampak oleh yang lain.
Yang lain sudah memaki hamun lelaki bernama Jimin. Mereka memarahi Jimin kerana melindungi diri aku daripada mereka lihat. Nampaknya mereka memang tunggu aku untuk melihat aku memakai gaun. Jimin tertawa licik lantas menjauhkan dirinya daripada tubuhku.
Hoseok melopong, Seokjin tersenyum lebar sambil menepuk-nepuk tangannya. Namjoon pula sudah menekup mulut dan Taehyung terhinjak-hinjak tubuhnya di atas kuda. Nasib sahaja tak membuat kuda yang ditunggangnya itu meronta. Yoongi pula hanya mengukirkan senyuman segaris menakala Jungkook seakan termenung.
" dah tengok tu, jom jom. " Jimin menggesa lantas pacuan kudanya kehadapan. Melihat itu, Taehyung tak mahu mengalah lantas memecut pacuan kudanya menyaingi Jimin. Namjoon menggelengkan kepalanya apabila Hoseok menurut serta kemudian Seokjin juga.
Aku meluru ke arah Jungkook, janggal. Dengan gaun macam ni, macam mana aku nak tunggang kuda dengan dia?
" tangan? "
YOU ARE READING
crystal.
FantasyTujuh kristal, satu peluang. Dua nama, satu jurang. Bala daripada hujan meteor yang diturunkan daripada dewa dewi membuatkan separuh daripada populasi manusia mengalami kecacatan. Kecacatan yang luar biasa. Ada di antara mereka yang mempunyai ku...