58

169 26 3
                                    

CHAPTER 58
o b j e c t

" JANGAN dekati aku, kuda. "

Wajah Hoseok berubah apabila mendengar panggilan yang Seokjin berikan padanya. Dia ketawa mengejek dan memandang Seokjin sekali lagi.

" apa kau panggil aku? " soal Hoseok, cuba membuatkan Seokjin ulang semula perkataan tadi. Nadanya kedengaran memberi amaran pada Seokjin tetapi lelaki itu langsung tak takut.

" Kuda. " ulang Seokjin, nada suaranya kedengaran bangga tatkala mengucapkan perkataan itu. Wajah Hoseok seakan ingin meletus.

" kalau bukan di sebabkan Raja Marshall, aku dah lama jadikan kau papan dart aku untuk dipanah. " Hoseok memberi amaran dan Seokjin mengukirkan senyuman sinis pada lelaki di hadapannya.

" Kenapa? Kau marah aku sebab panggil kau panggilan tu? Jangan jadi kebudak-budakkan. " Seokjin membalas, cuba mencurahkan minyak pada api yang masih kecil pada Hoseok itu.

Hoseok sedar kalau dia bertikam lidah dengan lelaki bernana Seokjin itu perkara tidak akan tamat. Jadi, dia hanya mendiamkan diri dan mengiringi lelaki itu ke sebuah tempat di mana Raja Marshall mengarahkan nya.

" Kau bunuh Ral dan anggap dia sebagai makanan kau. Aku sepatutnya bunuh kau sekarang ni. " Seokjin berkata lagi, langsung tak kesah yang Hoseok sedang mengendahkan apa yang dia katakan.

" Kematian adalah sesuatu yang memang akan kita semua tempuhi. Sudah ajal dia. " Hoseok membalas, cuba ingin menutup kesalahan dia.

Seokjin seakan terpempan mendengar jawapan selamba daripada Hoseok. Rahangnya tegang dan dia lantas mencekik leher Hoseok lantas dihentak tubuh lelaki itu pada dinding istana.

Hoseok terbatuk-batuk apabila merasai saluran penafasannya tersekat kerana cengkaman Seokjin. Dia mengenggam erat tangan Seokjin namun lelaki itu tak meleraikan cengkamannya.

" Kalau aku bunuh kau di sini, wajar ke aku cakap yang ajal kau sudah sampai? " Seokjin berkata dengan nada yang mendatar. Matanya tajam memandang Hoseok. Dalam pandangannya, penuh dengan perasaan kebencian.

" k-kau aka-akan di-dihukum kerana seksa o-orang k-kanan diraja. " Hoseok mengingatkan Seokjin dalam suaranya yang tersekat-sekat. Seokjin mulai sedar akan tindakan nya kemudian melepaskan leher Hoseok.

Hoseok terbatuk-batuk. Dia mengurut dadanya agar nafasnya stabil semula. Perlahan-lahan dia melirikkan matanya ke arah Seokjin yang masih memandangnya dengan tidak puas hati.

" aku tak tahu kau suka dengan perempuan lebih tua daripada kau. Should've told me earlier. " Hoseok mengukirkan senyuman sinis, mengetahui bahawa Seokjin tak akan membunuhnya kerana posisi dia di dalam kerajaan ini adalah antara yang terpenting.

" Ral aku anggap seperti kakak aku yang aku nak lindungi. Kau bunuh dia dan cakap itu adalah ajal dia, ayat paling bodoh pernah aku dengar. " Seokjin membalas dengan dingin. Hoseok mengangguk kecil.

" ya, maaf. Aku tak sepatutnya cakap macam tu. " Hoseok menggosok belakang lehernya. Sedar bahawa dia sepatutnya lebih cekap. Kalau dia tidak salah panah Ral kerana menganggap bahawa wanita itu adalah rusa, Seokjin tak akan jadi begini.

Tambahan pula, dia tak pernah rasai kehilangan orang yang tersayang. Ral pada Seokjin mungkin ianya seseorang yang penting. Dia sepatutnya hormati kematian Ral ketika berada di sekitar Seokjin.

" maaf kau takkan mengubah apa-apa. " Seokjin mengalihkan pandangannya ke arah lain. Hoseok mengangguk lantas berdiri tegak semula.

" Ya, tetapi ia boleh mengubah cara kau layan aku. "

crystal.Where stories live. Discover now