53

67 27 0
                                    

CHAPTER 53
f a l s e

DI RUANGAN besar istana Skyfall, kelihatan Ratu Felicia sedang menjalankan majlis perjumpaan terhormat dengan gabenor yang menguasai setiap daerah di Skyfall.

Perbincangan pagi itu kedengaran serius. Daripada awal perbincangan tersebut di jalankan, Ratu Felicia mengarahkan Alana untuk duduk bersama dengan gabenor lain supaya Alana dapat menyesuaikan diri bagaimana perbincangan istana sebenarnya dijalankan. Alana hanya akur.

Memandangkan kemenangan berpihak kepada kerajaan Skyfall, Felicia berbincang dengan para gabenor lain tentang langkah seterusnya.

" Yang Mulia, rasanya lebih elok jika kita hancurkan sahaja ketujuh kristal itu kemudian baru fokuskan untuk mencari kristal kelapan. "

" Ya, dengan ini peratus untuk para kristal dapat balik kristal mereka adalah sifar. Kita tak akan dikalahkan. "

"Mohon perkenankan idea patik, Yang mulia. "

Alana hanya mendiamkan diri. Daripada tadi, dia hanya duduk memerhatikan balasan antara Felicia dan gabenor lain.

" Malang sekali, tak boleh. Ianya memang syarat utama untuk hancurkan kelapan-lapan kristal sekaligus barulah hasrat tersebut dimakbulkan oleh dewa dewi, gabenor. " Felicia membalas dengan wajah yang tegang. Dia berasa terbeban kerana gabenor-gabenor di sini nampak macam tak tahu tentang perjanjian dewa dewi dahulu.

" kalau tidak dihapuskan kristal, patik bimbang para kristal akan menyerang kerajaan. Memandangkan mereka mungkin ada pengaruh dan aliansi yang kuat dari Northern Realms. "

" Gebenor tak perlu risau, ia akan ambil masa yang lama sedikit untuk kristal berkumpul memandangkan beta sudah hilangkan ingatan mereka dan asingkan mereka ke serata Northern Realms. " Felicia membalas, wajahnya kembali berkerut sambil dia memejamkan mata.

Tak ada gabenor yang lain boleh cadangkan idea untuk langkah seterusnya bagi Skyfall. Alana boleh lihat situasi yang Felicia alami ini kelihatan membebankan wanita itu.

Walaupun Felicia bersikap tegas selalu sebagai Ratu, tetapi Alana sendiri tahu yang Felicia masih risau dengan keselamatan mereka semua. Walaupun Skyfall hampir mencapai hajat yang dibuat dahulu kala dengan dewa dewi, tetapi Felicia masih juga risau.

Lagipun, siapa orang pertama yang keluar daripada dewan istana semasa majlis hari itu apabila melihat Kristal menyerang?

" Puteri Alana, "

Alana melirikkan matanya ke arah salah seorang gabenor yang memanggilnya. Alana masih dengan wajah tanpa emosinya, memandang kosong pada lelaki yang sudah berumur itu.

Gabenor itu mengukirkan senyuman yang misteri. " mungkin Tuan Puteri dapat berikan idea yang bernas untuk kami semua memandangkan Puteri Alana dah dinobatkan sebagai Puteri kerajaan Skyfall? " pinta gabenor itu, sambil menjungkitkan kening.

Gabenor yang lain memandang wajah Alana, menunggu jawapan. Felicia berasa marah dengan tindakan gabenor tersebut kerana dia tahu apa institusi sebenar gabenor itu.

Alana juga tahu. Tetapi dia sudah bersedia untuk ini. Dia tahu apabila dia ditabalkan sebagai Puteri Skyfall, rakyat akan memandang rendah pada dia kerana— dia bukan anak sebenar Felicia.

Dia hanya anak angkat.

" Ah, terima kasih Gabenor kerana memberikan saya peluang untuk mengutarakan idea tak seberapa." Alana terus menjawab dengan tenang. Senyuman terukir pada wajah Alana tetapi matanya hanya memandang gabenor tersebut dengan pandangan yang redup.

" Pada pendapat saya, saya cadangkan untuk memperkuatkuasakan tentera di Kerajaan Skyfall bersama pasukan tentera yang dilatih di setiap daerah untuk menjaga keselamatan sepenuhnya rakyat Skyfall. Kemudian, tentang Kristal kelapan saya akan turun sendiri di Northern Realms untuk mencarinya sendiri bersama pengawal saya."

Felicia memandang Alana dengan pandangan tak percaya apabila mendengar ayat terakhir gadis itu. Felicia ingin membantah tetapi Alana terus menyambung katanya.

" saya cadangkan juga, jangan diwar-warkan tentang berita serangan Kristal beberapa hari lalu untuk tak membimbangkan rakyat. Kemudian, semuanya serahkan kepada saya."

Ke semua gabenor terdiam mendengar cadangan bernas dan tenang daripada Alana. Mereka semua berasa malu, memandangkan Alana yang paling muda di sini dan dapat berikan cadangan yang terbaik berbanding mereka.

Felicia nampak puas, tetapi dia masih lagi tak setuju dengan membenarkan Alana turun ke Northern Realms untuk mendapatkan Kristal kelapan.

" kenapa seorang Puteri perlu turun ke Northern Realms? Beta membantah. Biar pasukan tentera penyingkap yang berpengalaman untuk turun ke Northern Realms." Felicia terus membantah. Walaupun begitu, Alana hanya kekal tenang, dia tahu Felicia tak akan membenarkan dia pergi daripada Skyfall.

Dia tahu sangat.

" memandangkan saya pernah tinggal di Northern Realms buat masa yang lama kerana hal tertentu, saya yakin saya yang paling berpengalaman di kalangan semua ahli penyingkap di dalam kerajaan ini. Maafkan saya, Yang Mulia, tetapi ianya lebih efektif jika saya yang turun ke Northern Realms kerana saya juga pernah berkawan dengan para Kristal."

Kata-kata Alana membuatkan semua orang terdiam. Para Gabenor kelihatan terkejut dengan apa yang mereka dengarkan dan Felicia hanya mendiamkan diri.

Felicia memandang Alana dengan pandangan yang dingin, memerhatikan gerak geri Puterinya itu. Ada sesuatu yang dirancangkan oleh Alana dan Felicia dapat mengesannya terus.

" apa-apa pun, perkara mengenai saya kawan Kristal perlu dibiarkan rahsia memandangkan ianya hanya satu-satunya cara untuk saya memerangkap mereka. Anyway.. Jika perkara mengenai ini tersebar, saya tahu siapa yang perlu saya penggal dahulu." Alana dengan lemah lembutnya mengukirkan senyuman yang manis kepada gabenor.

" baiklah, perbincangan tamat. sila keluar. Puteri Alana, beta mahu bercakap dengan kamu sebentar." Felicia berkata dengan bada mendatar.

Melihat suasana tegang antara Ratu dan Puteri, para Gabenor terus meminta diri dan keluar daripada kawasan tersebut sehingga hanya tinggal Alana dan Felicia di dalam ruangan.

" apa yang kamu fikir?" Felicia menyoal dengan nada kasar.

Alana melepaskan keluhan. " saya takkan biarkan orang pandang rendah pada saya, Bonda." Jawab Alana, malas.

" tapi itu tak bermakna kamu boleh dedahkan tentang rahsia mengenai masa silam kamu!" Nada suara Felicia meninggi. Alana memegang tangannya erat, sambil mengawal eksperiasi muka.

" itu bukan masalah besar, Bonda." Alana dengan tenang berkata. " lagipun Gabenor tak akan ada yang buka mulut kerana mereka tahu saya siapa."

" walaupun kamu ada magis hitam, itu tak bermakna kamu boleh hukum rakyat kita dengan magis itu." Felicia mengingatkan dan Alana tersenyum.

" sudah tentu,"

Felecia mengurut kepalanya dengan jari jemari. Pening dengan perangai Alana yang baru ini. Dia mengutuskan untuk tidak memanjangkan hal ini lagi. Felicia berjalan menuju ke pintu keluar tetapi, langkahnya terhenti. Dia menoleh ke arah Alana semula.

" baiklah bonda benarkan kamu pergi, tetapi perlu ada pengawal di sisi kamu. Dan.." kata-kata Felicia terhenti sebelum dia menyambung semula.

" cari Rey dan Ray sekali."

Senyuman Alana kelihatan lebih palsu.

DENTUMAN guruh kedengaran kuat meskipun Alana di dalam istana. Kilat sambar menyambar, cahaya kilat itu bagaikan lampu yang menghiasi langit.

Langkah Alana terhenti apabila dia melalui sebelah balkoni yang besar. Pengawal di sisinya juga terhenti, sama dengan pergerakkan nya.

Wajah Alana ditoleh ketepi, dia berjalan menghampiri balkoni tersebut dan menyingkap langsir istana ketepi sedikit.

Mata Alana berkerdipan beberapa kali, dahinya berkerut.

"Pengawal, bawa lelaki itu masuk ke dalam istana."

༄ c r y s t a l

crystal.Where stories live. Discover now