46

123 38 7
                                    


CHAPTER 46
l i t t l e  b l i n d  m i c e s

" KADANG-kadang aku rasa ianya sesuatu yang lawak. "

Seokjin berkata dan Namjoon di sebelahnya elok berjalan menghirup udara segar pada pagi itu. Burung bercicipan seperti mengalunkan alunan yang harmoni.

Namjoon memandang Seokjin. " kenapa pula? " soal Namjoon, tertanya. Tiba-tiba saja Seokjin memulakan bicara macam tu setelah mereka diam buat seketika tadi.

" macam mana kita boleh rasa rapat sangat dengan Alana pada masa yang singkat? " Seokjin menyoal, matanya bertembung dengan mata Namjoon. Namjoon baru tersedar mengenai hal itu apabila Seokjin mengutarakannya. Apa yang dibalas hanyalah dengan sebuah senyuman.

" memang sudah nampak-nampak Skyfall ingin memerangkap kita dengan menggunakan Alana. Tetapi semuanya terus jadi setuju untuk ke majlis itu. Malah aku juga rasa ingin terus pergi ke sana. " Ujar Seokjin lagi. Rambutnya diramas kebelakang lantas melepaskan keluhan berat.

" Namjoon, kenapa ya? " Seokjin menyoal, jelas ingin mengetahui jawapan lelaki disebelahnya ini.

Langkah Namjoon terhenti. Seokjin juga mengikuti. Namjoon menghadap ke arah taman yang dihiasi dengan bunga yang berwarna-warni. Rama-rama yang berlainan jenis juga turut ada menghiasi taman tersebut.

Mata Namjoon melembut selajur dia melagoi kepalanya memandang ke langit yang cerah membiru.

" Seokjin Hyung, kau dah lupa? "

Seokjin mengerutkan dahi. Tak faham apa yang sebenarnya Namjoon soalkan. Lupa mengenai apa?

" Alana.. tak membuatkan kau teringat kepada seseorang pada masa lalu? " Namjoon menyoal, dan dia memandang Seokjin. Jelas sekali, jawapannya Seokjin kini sudah ketahui.

" Mustahil, Namjoon. Alana bukan dia. " suara Seokjin tegas menyatakan ayatnya. Namjoon kembali memandang ke arah taman tersebut.

" Aku bukan maksudkan itu, memang aku tahu Alana bukan dia.. tetapi figura Alana, sikap dan sifat. Alana membuatkan aku teringatkan kepada dia. " Namjoon membalas. Keluhan dilepaskan perlahan seraya membongkokkan tubuhnya ke arah beberapa kuntum bunga.

" kita semua memang tak akan buat kerja gila ini kalau bukan kerana dia. " Namjoon menjawab lagi satu persoalan. Seokjin terdiam seribu bahasa.

" impak dia pada kita begitu dalam. Amat dalam— lebih-lebih lagi pada Yoongi dan Jungkook. " Namjoon berdiri tegak semula dan dia menghadap Seokjin. Jari telunjuknya di angkat menunjuk ke arah sesuatu.

Daripada pandangan Seokjin, dia memandang arah yang ditunjukkan Namjoon. Walaupun samar-samar, Seokjin akhirnya dapat melihat ada sekujur tubuh sasa yang sedang melakukan latihan pedang berada tak jauh daripada mereka.

Seokjin memejamkan matanya. Hatinya luluh apabila mengingati memori lama.

" Kita semua masih lagi dipenjarakan dalam sangkar penyesalan. Hanya dia sahaja mempunyai kunci sangkar tersebut. " Namjoon menambah lagi. Wajahnya seperti bangga melihat Jungkook melakukan latihan pedang seorang diri.

" tanpa kita sedari, kita akan terus terperangkap di dalam sangkar ini.. kerana dia sudah lama tiada. " Namjoon menyambung. Seokjin menggeleng perlahan sambil tersengih terhadap penyataan Namjoon.

crystal.Where stories live. Discover now