35

525 122 575
                                    


CHAPTER 35
g e t  a w a y

PERJALANAN pulang ke rumah persinggahan terasa singkat kerana aku asyik termenung jauh

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

PERJALANAN pulang ke rumah persinggahan terasa singkat kerana aku asyik termenung jauh. Jungkook menyedari tingkah laku aku itu, tatapi dia hanya mendiamkan diri. Lagipun, aku yakin Namjoon telah mengetahui siapa diri aku sebenarnya cuma dia enggan bersuara kepada yang lain.

Putera Aedirn bagaikan pakcik pada aku sewaktu aku kecil. Dia lihat aku membesar. Felicia begitu kejam kerana membuang Aedirn ke Northern hidup-hidup. Lelaki itu berjuang mati-matian untuk Felicia. Tambahan pula, kerana Felicia lah Aedirn menjadi serigala jelmaan kerana terkena sumpahan daripada witch. Semuanya kerana Felicia.

Kerana itulah Aedirn membenci masyarakat Skyfall. Aku dah sedar.

" hey puteri, kau mahu aku dukung kau turun? " suara tegas Jungkook kedengaran dan aku lihat dia sedang menghulurkan tangannya ke arah aku; menunggu aku menyambutnya. Dia sudahpun turun daripada kudanya.

Kelihatan yang lain sudah pun tiada. Barangkali sudah masuk ke dalam bangunan rumah untuk berehat. Hanya tinggal aku dan Jungkook sahaja.

Aku mencapai hulurannya kemudian tumitku bersentuhan dengan tanah. Sempat juga aku melihat wajah Jungkook tetapi lelaki itu seakan mengendahkan pandangan aku.

Aku mengetap bibir, langkah aku perlahan diorakkan untuk masuk ke dalam rumah semula.

" Kau tak akan khianati kitorang kan? "

Kata-kata Jungkook membuatkan aku terhenti daripada melangkah. Wajahku berpaling padanya. Kelihatan Jungkook memandang aku serius, wajahnya menegang dan rahangnya bergerak-gerak.

Aku meneguk liur sebelum membuka mulut. " aku tak akan. " jawabku tanpa perlu menunggu masa untuk memikirkannya. Aku yakin dengan jawapan aku.

" Baguslah. " kata Jungkook seraya mengukirkan senyuman kecil sebelum mengikat tali kekang kuda pada sebatang dahan pokok. Bahagian wajah kudanya diusap perlahan, menggumam perkataan yang membuatkan kudanya meringkik perlahan.

" Aku tak pernah jumpa puteri seumur hidup aku. " Kata Jungkook lagi dan aku mula berdiri kaku dihadapannya. Lelaki itu mencuri lihat wajah.

" Aku selalu dengar yang puteri hanya perlukan pembantu istana sahaja untuk lakukan segala kerjanya. Tetapi kau sebagai seorang puteri, aku boleh lihat kau seorang yang berani dan pandai berdikari.  " Jungkook bercerita. Suaranya kedengaran perlahan, dan nada nya ramah. Aku terkebil-kebil menyaksikan perubahan diri Jungkook.

Dia buat lagi, sekarang dengan menjadi baik dengan aku kemudian esok harinya, dingin balik. Kali ini aku akan lebih berhati-hati.

crystal.Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt