37

441 109 87
                                    


CHAPTER 37
u k t e n a

JUNGKOOK tak ambil masa yang lama untuk turun daripada pelana kudanya dan menerpa ke arah aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JUNGKOOK tak ambil masa yang lama untuk turun daripada pelana kudanya dan menerpa ke arah aku. Dia lantas menolong aku bangun, aku meringis kesakitan apabila cuba berdiri. Nampaknya bahagian buku lali aku terseliuh.

Jungkook menyedarinya, dia memandang aku dengan pandangan yang risau. Aku hanya mengetap bibir.

" kau naik dengan aku. " arahnya tetapi aku menggeleng. " moon, aku tak akan tinggalkan moon. " jawabku, menahan kesakitan. Pandangan Jungkook meredup tatkala mendengarnya.

Kelihatan daripada jauh ada sebahagian daripada pohon-pohon dalam hutan tumbang. Bagaikan ada sesuatu yang besar melanggarnya. Nafasku berat, mahluk itu dalam perjalanan ke sini.

Mata Jungkook menikam tetapi aku alihkan pandangan ke arah berlainan. " kaki kau terseliuh, kau takkan berjaya kawal moon. " beritahunya dengan nada tegas tetapi aku tetap menggeleng. Rahang lelaki itu mula bergerak-gerak.

" korang, kita kena bergerak sekarang. " Jimin menyampuk tetiba, matanya tak lari daripada memandang pergerakkan halimunan yang menghancurkan segenap pokok-pokok besar di sekitarnya. Burung-burung mula berkicauan, berterbangan pergi daripada hutan belantara ini.

" Letak sahaja aku di atas moon. Tahulah aku kawal dia macam mana. " arah aku dan Jungkook menggulingkan anak matanya pada aku. Keluhan berat dilepaskan. Jungkook pantas mengangkat aku kemudian diletakkan aku pada pelana moon.

" degil. " marah Jungkook dengan nada tegas. Matanya dingin. Tangannya terus mencapai seutas tali yang ada pada bungkusan begnya kemudian mengikat ia pada pinggang aku. Tali tersebut disambungkan dengan pelana kuda, ketat.

Senyuman aku terukir, Jungkook melakukan itu agar aku tak terjatuh daripada moon. Dia menaiki kudanya semula dan memandang ke arah aku.

" aku akan ada di sisi kau. " ujarnya membuatkan senyuman aku semakin mekar menakala dia hanya menunjukkan wajah dinginnya.

Daripada jauh, Yoongi memerhati. Wajahnya dipalingkan. Dia, Namjoon, Hoseok dan Taehyung terpisah dengan yang lain dan tak boleh bergerak sama dengan mereka kerana mahluk halimunan itu menghalangnya.

" kita jumpa di hujung hutan! " tempik Namjoon dengan nada suara yang tinggi agar Seokjin dan yang lain mendengarnya. Seokjin pantas mengangguk, akur.

Tanpa kami semua sedari, mahluk itu sudah mendekat. Lama-kelamaan, mahluk itu mula menampakkan diri. Sisisan kuat kedengaran di kawasan hutan. Kepala mahluk itu kelihatan dan menampakkan tanduknya yang begitu cantik bagaikan dahan pepohon.

crystal.Where stories live. Discover now