30

586 125 196
                                    


CHAPTER 30
b r i n g b a c k

YOONGI tak ambil masa lama untuk mempercayai bahawa mahluk itu adalah Alana

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

YOONGI tak ambil masa lama untuk mempercayai bahawa mahluk itu adalah Alana. Dia tahu daripada pandangan mata gadis itu sahaja. Namun daripada pandangan mata Yoongi, kelihatan gadis itu bagaikan lemas dalam dirinya sendiri. Itu membuatkan Yoongi terpana.

Ini bukan Alana yang dia kenali.

Darah menitis-nitis daripada celahan bibir Alana. Mata Alana mencerlung tajam pada Yoongi, dia cuba menstabilkan pernafasannya. Cerlungan tajam Alana bagaikan menusuk habis ke retina mata lelaki itu. Yoongi perlahan-lahan bertinggung, menghampiri gadis tersebut. Langsung tak berasa gementaran dengan gadis itu.

" Whoever you are, please hear me. " suara sarut milik Yoongi kedengaran lembut. Alana memincingkan telinganya, matanya kelihatan keliru tatkala bertatapan dengan lelaki yang dia seakan tak kenali.

" bring back Alana, please. "

Alana menderam kasar, matanya kembali tajam merenung lelaki dihadapannya itu. Darah masih lagi menitis daripada celah bibirnya. Yoongi tak mengalah.

Jungkook yang baru sahaja sampai, terpempan tatkala melihat situasi diantara Yoongi dan Alan— mahluk itu. Pedangnya digenggam erat apabila matanya mendarat pada susuk tubuh lelaki gempal yang sudah mati dengan begitu menyeramkan.

Alana yang menyedari kehadiran yang lain mula tak senang duduk. Dia bertinggung, cuba menyeret dirinya ke arah yang tersorok daripada yang lain. Tak mahu diperlihatkan keadaannya yang sungguh mengerikan — iaitu sisi gelapnya.

Yoongi yang hanya memerhatikan gerak-geri Alana terus mendiamkan diri

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Yoongi yang hanya memerhatikan gerak-geri Alana terus mendiamkan diri. Mahluk itu masih mempunyai Alana di dalam tubuhnya.

" mana Alana? " soal Hoseok yang sudah menyalakan api pada tangan, hanya tunggu untuk membaling ke arah sasarannya sahaja. Seokjin yang ada disebelahnya menyinggung lengan lelaki itu. Hoseok tersedar lalu memandang Seokjin, lelaki itu menggelengkan kepala; menyuruh Hoseok jangan bercakap.

crystal.Onde histórias criam vida. Descubra agora