09

598 124 210
                                    


CHAPTER 9
p i s s e d  o f f.

AKU yang khusyuk memasukkan barang-barang aku ke dalam beg, langsung tak sedar Jimin yang sedang berdiri di daun pintu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


AKU yang khusyuk memasukkan barang-barang aku ke dalam beg, langsung tak sedar Jimin yang sedang berdiri di daun pintu. Matanya menangkap tingkah aku yang kelihatan marah dan sedih.

Dia meluru ke arah aku, matanya melihat apa yang aku sedang lakukan.

" kau mahu ke mana, Alana? " soalan yang aku dapat jangka keluar pada mulut Jimin.

" bukan hal kau, Jimin. " kata aku dengan mendatar. Jimin terus merentap tangan aku, membuatkan aku terhenti daripada mengemas.

Dia memandang aku curiga, tetapi tatkala dia melihat aku seakan terkejut dengan kelakuannya yang kasar tu, dia terus meleraikan pegangganya. Bibirnya dikemam.

Jimin menunduk. Dia mengeluarkan semula barang aku daripada beg yang aku sediakan. " kau tak boleh pergi.. dan kenapa mahu pergi? " dia berseloroh dan aku mendiamkan diri.

" kau nampak bersemangat berlatih pedang tadi, kenapa tiba-tiba sahaja macam ni? " Jimin menghadap aku sambil menegur aku lembut. Lengan aku dicapainya dan aku melepaskan keluhan yang panjang.

" Tak ada apa, Jimin. Aku memang kena pergi. " aku kembali menyumbat barang aku dalam beg. Selesai sahaja, aku mengangkat beg tu dan mengorak langkah keluar daripada kamar.

Jimin memanggil aku berulang kali tapi aku memekakkan diri.

Langkah aku laju, sehingga aku tiba di pintu gerbang istana dan Valkyrie secara automatik membuka pintu tersebut. Ianya tugasnya.

Jimin meraih tangan aku, membuatkan aku terpusing ke arahnya. Wajah Jimin seakan benar-benar tak mahu aku pergi. Keningnya bertaut, bingung.

" tolong jangan pergi, Lana. We need you. " Jimin merayu, suaranya kedengaran terdesak. Dia juga mengenggam tangan aku erat.

Aku mengetap bibir. Hati aku kasihankan Jimin tetapi segalanya berubah apabila aku melihat Jungkook dan yang lain meluru ke pintu gerbang. Mereka nampak cemas. Kecuali Jungkook— obviously.

" we? Aku rasa ada seorang antara korang tak suka aku di sini. " aku menjeling tajam Jungkook. Seolah-olah rasa simpati aku pada Jimin tadi hilang dibawa angin, terus tangan Jimin aku leraikan daripada lengan.

" Aku yakin korang boleh yakinkan musang tu agar salah seorang daripada korang yang berlawan dengan naga dia. Memandangkan korang semua berkuasa— dibandingkan dengan aku, lemah dan tak berguna. " aku menyindir habis-habisan. Intonasi aku jelas membuatkan mereka semua terasa.

" Alana, siapa buat kau macam ni? " Seokjin terus menyoal dengan wajah yang tak berpuas hati. Dia dapat tangkap kenapa aku bercakap dengan intonasi begitu.

crystal.Where stories live. Discover now