56

93 25 2
                                    


CHAPTER 56
h e y

"JALAN. "

Tubuh Seokjin di tolak kehadapan dengan menggunakan busur yang Hoseok pegang. Hampir tersadung Seokjin jadinya tetapi mujur dia dapat stabilkan langkahnya.

Mereka kini memasuki ke dalam sebuah kawasan istana. Istana yang diperbuat daripada kayu dan mempunyai bentuk binaan yang unik.

Terdapat banyak ukiran dan seni lukisan pada permukaan dinding istana tersebut. Tambahan pula, bau harum kayu daripada pokok pine di dalam istana ini semerbak. Lantai istana ini pula seperti kaca coklat keemasan.

Seokjin kini berjalan diatas karpet merah di dalam istana tersebut, menuju ke arah seseorang yang sedang duduk di kerusi utama di dalam istana.

Wajah Seokjin masih lagi tegang, mengingati saat-saat terakhir dirinya bersama Ral yang sudah dia anggap seperti kakaknya.

" ah, kamu dapat pemuda? What a waste. " lelaki yang sedang duduk ditakhta bersama mahkota di kepalanya berkata. Hoseok kini menundukkan kepalanya dengan hormat pada lelaki tersebut.

Seokjin hanya berdiri, tak membuat apa-apa. Jelas sekali dia tak kenal siapa lelaki bermahkota itu.

" Sila perkenalkan diri kamu, wahai pemuda. " kata lelaki itu, memandang Seokjin dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Wajah lelaki itu mengukirkan senyuman senget seperti sinis.

" Saya Kim Seokjin, daripada wilayah winterfell. "

Hoseok yang ada disebelahnya terus mengangkat wajah dan menghadap Seokjin. Wajahnya nampak terkejut tetapi Seokjin nampak selamba sahaja tatkala memberitahu itu. Nampaknya dia tak menipu.

" Winterfell? Kamu datang daripada jauh ya untuk sampai si asparos? " Soal lelaki bermahkota tersebut dan Seokjin terdiam.

Jauh? Dia hanya berlari buat beberapa minit dengan Ral kemudian dia melihat sekumpulan pepari... macam mana sekarang dia ada di Asparos yang terletak jauh daripada Winterfell?

" Kamu adalah pengembara ke? " soal lelaki itu lagi dan Seokjin menggelengkan kepalanya. Kepalanya masih kusut memikirkan bagaimana dia tiba di Asparos daripada Winterfell.

" lelaki yang aneh sekali. " lelaki itu perlahan-lahan mengatur langkah ke arah Seokjin. Matanya tak lepas daripada memandang lelaki itu dengan penuh tanda tanya.

" Hoseok, kamu jumpa lelaki ini di pinggiran Asparos bukan? " soal lelaki tersebut dan Hoseok lantas mengangguk. Yakin dengan jawapannya. Lelaki itu mengangguk kecil.

" kamu kenal siapa beta? " pandangan lelaki itu diarahkan ke arah Seokjin semula. Kali ini, suara lelaki itu kedengaran mendatar dan tegas. Seokjin teragak-agak ingin jawab, kerana jawapannya mungkin akan membuatkan lelaki itu kecewa dan marah.

Tetapi itu lebih baik daripada tak menjawab soalan kan?

" tidak.. " jawab Seokjin, cukup untuk Lelaki itu dan Hoseok mendengar jawapannya. Hoseok menjadi begitu terkejut, wajahnya menjadi bengis.

Lelaki itu memberikan isyarat pada Hoseok. Mengarahkan lelaki itu supaya tenang dan jangan lakukan apa-apa pada Seokjin. Mata redup lelaki itu dilirikkan semula ke arah Seokjin.

" Beta adalah Raja di Asparos. Raja pepari, Marshall G. Joseph. " Marshall memberitahu, expect yang Seokjin akan mengingati siapa Raja Marshall itu.

Tetapi Seokjin hanya membisu. Wajahnya nampak bingung juga.

" kamu tak kenal siapa beta? " wajah Marshall berubah seratus peratus dan Seokjin tahu tu adalah isyarat buruk untuknya.

" Ampunkan patik, tuanku. Patik kehilangan ingatan beberapa hari lepas dan masih belum sembuh sepenuhnya. " Seokjin menunduk, tangannya mengigil kerana ketakutan dengan akibat yang bakal dia terima kerana tak mengenali salah seorang Raja di Northern Realms.

crystal.Where stories live. Discover now