40

922 138 104
                                    


CHAPTER 40
d e a t h o f h e r

DERAPAN langkah seseorang kedengaran bergema di kawasan yang serba gelap itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DERAPAN langkah seseorang kedengaran bergema di kawasan yang serba gelap itu. Menghampiri sekujur tubuh yang sudah longlai lemah tertusuk dengan akar hitam daripada tanah underworld.

Gaun hitam yang dihiasi dengan permata obsidian menyinari si pemakai. Mahkota berkilauan yang diperbuat daripada batu permata underworld berada pada kepala gerangan tersebut. Rambut putih berkapurkan hitam dibiarkan lepas mengurai.

Wanita itu merapati Alana. Wajah gadis dihadapannya di amati, memandang segenap wajah mulus milik Alana. Rambut Alana disisir kebelakang menggunakan jari jemari runcing milik wanita itu.

" ο θάνατός σας είναι ήδη ένα χαντίθ "
( kematianmu sudah menjadi milik Hades )

Nada suara wanita itu kedengaran perlahan, dia mengusap wajah pucat lesi Alana. Gadis itu sudah tidak bernyawa. Mati dengan cara yang tragis, di tanah airnya.

Cukup, menyedihkan.

Wanita itu mengalirkan air mata yang berwarna kehitaman. Perlahan-lahan menitis mengenai tanah underworld. Terduduk wanita itu jadinya apabila menyedari siapa Alana.

" Μελίνο. "
( melinoe )

Kepala Alana dirangkulnya erat, jujuran air mata deras mengalir tanpa henti. Bahunya terhinjut-hinjut menangisi kematian gadis itu. Tunduk terpunduk diri dia jadinya.

Wanita itu meraung, suaranya kedengaran sayu dan mendayu-dayu. Kesedihan yang terpahat di dalam hatinya menyeruak, tak dapat ditahan lagi.

Tetiba kelihatan ada bayangan hitam yang besar menyebulungi akar hitam itu lalu bergelumang di belakang wanita tersebut. Tangisan wanita itu terhenti seraya berpaling untuk melihat bayangan tersebut.

Dirinya dihambat rasa gugup. Dia tahu siapa gerangan tersebut. Makin erat wanita itu merangkul Alana, tak mahu lepaskan. Air mata pada tubir mengalir lagi.

Bayangan itu membentuk sekujur tubuh sasa. Seorang lelaki berdiri dibelakang wanita itu, berpakaian serba hitam dan mempunyai pandangan mata melengkapi bayangan kegelapan. Wanita itu hanya kekal pada posisinya, tak bergerak meskipun hatinya sedang berdebar hebat.

" tι κάνεις εδώ? γιατί σου ακούγεται τόσο δυνατά; "
( dinda buat apa di sini? mengapa kedengaran begitu hiba suaramu? )

Bayangan lelaki itu menyoal seraya mendekati wanita yang dianggap isterinya itu. Wanita itu hanya mendiamkan diri, air mata tidak berhenti mengalir deras.

crystal.Where stories live. Discover now