38

449 112 41
                                    


CHAPTER 38
t h e i n d e p e n d e n t

TUBUHKU tercampak ke hadapan, hampir tercium pada lantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TUBUHKU tercampak ke hadapan, hampir tercium pada lantai. dalam sekelip mata sahaja suasana di sekeliling aku berubah menjadi kegelapan yang tak tiada penghujungnya. Moon, kuda aku sudah entah kemana.

Aku cuba bangkit, pedih pada tulang temulang dan juga otot badan ini semakin menyakitkan. Mujur, aku mempunyai kudrat lagi untuk berdiri dan berjalan. Sekali sekala, aku mengerang kesakitan akibat kesakitan tubuh badan.

" Alana "

Suara itu, aku kenal.

Mataku melilau sekeliling, cuba menjejaki suara tersebut dengan kegunaan pancaindera diri ini. Tetapi malangnya aku tak temui sesiapa. Lebih-lebih lagi si empunya badan bagi suara tersebut.

" tunjukkan diri kau, " aku mencabar dengan senada membuatkan perasaan seperti ada seseorang merenung aku mula menyebulungi diri. Aku menelan liur, terasa tekakku kering.

" kau pengecut, tak mahu berdepan dengan diri aku sendiri dan cakap dihadapan mata aku. " tambahku lagi, mengherdik. Rasa amarah dalam hati membuak-buak.

Ray mula kelihatan di hadapan mata. Dia memakai gaun hitam, sama seperti kegelapan yang berada di sekitar kami. Matanya mencerlung tajam ke arah aku sambil mulutnya mengumam sesuatu yang kedengaran seperti mantera.

Perlahan-lahan raut wajahnya berubah menjadi sesuatu yang mengerikan. Mempunyai wajah berkedut, sehinggakan kulit pipinya melayut-layut, bibir kusam, mata yang mengendur, terbongkok tiga. Aku yang melihatnya, terkejut. Tapakku terundur kebelakang sedikit.

" siapa pengecut sekarang? " soalnya lantas mentertawakan aku dengan sinis. Hilaian nya bergema; mendayu-dayu membuatkan aku menyampah kerana diperlekehkan sebegitu rupa.

" rupanya uktena adalah angkara kau, kenapa mesti kau kacau kitorang? " Soalku, cukup pantas menangkap apa sebenarnya yang terjadi sekarang. Ray tersenyum puas seraya mendekati aku. Wajahnya terselit dengan senyuman penuh makna.

" memang tugas aku untuk halang Kristal. " jawabnya dengan tawa di pengakhiran kata.

" apa yang kau mahukan daripada aku? " Aku lekas menyoal, tak mahu perkara ini berlanjutan. Melihat Ray bagaikan seorang lunatik yang asyik sahaja ketawa, membuatkan aku rasa tak senang. Ray kemudiannya menghentikan tawanya dan dia merenung aku lama.

" aku mahu kau serahkan diri kau pada dia. " jelas Ray membuatkan aku terdiam sejenak. Mengambil masa untuk menghadam kata-katanya.

" Siapa dia yang kau maksudkan? "

" kau tahu siapa. " balasnya lalu dia menyengih. Aku mengetap bibir; faham benar dengan apa yang dimaksudkan Ray. Dia sedang bercakap tentang Melinoe.

crystal.Where stories live. Discover now