52

66 27 9
                                    


CHAPTER 52
b r a c e l e t o f d e a t h

ALANA mengatur langkah menuruni anak tangga ke bilik bawah tanah. Seorang pengawal mengekori dia daripada belakang dengan memegang sedulang makanan.

Seperti biasa, bau hamis menusuk ke dalam rongga hidung. Ianya bau darah Jungkook yang sudah kering. Sudah hampir seminggu Jungkook duduk di bawah tanah tanpa dilepaskan. Nampaknya ratu memang tak mahu membiarkan Jungkook pergi.

" masa makan. " jawab Alana lalu langkahnya dihentikan. Dia melihat Jungkook masih lagi dengan keadaan kepalanya terlurut. Lelaki itu nampak semakin lemah dan lemah.

Alana cuba untuk mengendahkan lelaki itu walaupun dia yang bersungguh-sungguh meminta izin pada ratu untuk menjaga Jungkook sepanjang keberadaan lelaki itu di sini. Ratu juga memesannya untuk mengorek beberapa rahsia tentang crystal yang boleh guna.

Tetapi Jungkook langsung tak buka mulut tentang apa-apa mengenai crystal. Apabila ditanya soalan privasi, lelaki itu akan diam dan membisu.

Jungkook menyusahkan dirinya, Alana tahu Jungkook tahu sesuatu.

Dulang yang berisikan makanan itu diletakkan di hadapan Jungkook. Tangan lelaki itu segera dilepaskan daripada ikatan tali. Namun, Jungkook langsung tak bergerak untuk makan makanan yang dihidangkan.

Jungkook hanya menundukkan wajahnya, tak bergerak.

Alana memberikan pandangan yang tajam. Tangannya digenggam erat. Bukan sekali dua Jungkook buat macam ni, dah banyak kali.

Jungkook tak pernah makan hidangan yang diberi. Dia sentiasa memberontak sejak daripada awal dia ditahan. Meskipun diseksa sehingga nyawa di hujung tanduk, lelaki itu langsung tak menjamah makanannya.

Menyedihkan.

" Kawan kau tak akan kembali untuk selamatkan kau. " Ujar Alana. Itu membuatkan nafas Jungkook tersingkap.

" jadi, daripada kau letak kepercayaan kau tu pada kawan kau.. lebih baik kau risaukan tentang nyawa kau tu sendiri. " sambung Alana lagi.

Jungkook mengenggam erat buku limanya. Giginya dikacip, geram.

" diam. " dengan suara serak, Jungkook bersuara.

" Bonda sudah hilangkan ingatan mereka dan pisahkan mereka semua. Mustahil mereka dapat ingatan mereka dalam masa terdekat ini. " tambah Alana lagi, langsung tak endahkan apa yang Jungkook kata padanya tadi.

Jungkook perlahan-lahan mengangkat wajahnya, memandang Alana. Dahinya berkerut dan urat tegang mula kelihatan pada lehernya. Rahangnya tegang.

" kau menipu. " Jungkook menjawab dengan kasar.

Alana mengukirkan senyuman pada Jungkook." jadi kenapa mereka masih tak datang walaupun sudah hampir dua bulan kau kat sini? " jawab gadis itu, sinis. Jungkook terdiam terus mendengarnya. Kepala lelaki itu ditundukkan semula.

Alana mencangkung di hadapan Jungkook. Wajah lelaki itu kelihatan begitu berang. Alana hanya memerhatikan sahaja. " sekarang, tak akan ada perkara luarbiasa macam kuasa persahabatan akan tolong kau keluar daripada sini. " ujar Alana lagi.

" sia-sia je letakkan kepercayaan kau kepada orang yang dah lupakan kau. " kata Alana sambil meremehkan perasaan Jungkook. Gadis itu menongkat dagunya.

Jungkook memandang Alana dengan pandangan yang tajam. Rasa dendam dalam jiwanya tak terbelenggu lagi.

Secara tetiba, Alana terfikirkan suatu seksaan yang terbaik untuk lelaki itu. Wajahnya yang pucat itu terus menyeringaikan sebuah senyuman misteri.

crystal.Where stories live. Discover now