21

580 133 306
                                    


CHAPTER 21
g o o d b y e

SUDAH seminggu aku meninggalkan mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUDAH seminggu aku meninggalkan mereka.

Masa berlalu cepat, ya sememangnya. Hari-hari aku hanya dihabiskan dengan tidur di sebuah rumah terbiar yang aku jumpa di dalam hutan. Nasib aku baik, rumah itu seperti rumah yang ditinggalkan, jadi aku ambil keputusan untuk tinggal di situ.

Semua kisah pahit yang aku telah lalui bersama mereka, aku cuba lupakan. Sejujurnya mereka memang orang yang aku suka luangkan masa bersama. Ianya berat hati, benar. Tetapi aku tahu pilihan aku ini adalah untuk kebaikkan diri aku juga.

Aku tak mahu maruah aku dipijak sebegitu mudah sahaja. Tambahan lagi, aku bukan sesiapa bagi mereka.

Meskipun aku ingin tahu, apakah mereka dah sampai di Cintra? Apa yang terjadi kepada Lilith? Semua tu. Sehinggakan aku kerap termenung jauh kerananya. Tetapi aku memilih untuk mengendahkan sahaja.

Meskipun aku dapat lakukan perkara yang luarbiasa bersama mereka, lawan naga, jinakkan kraken, tidur dalam istana di Toussaint, jumpa Kitsune dan juga Dark Ghost. Hm, ke semua kenangan itu tak mungkin aku dapat lupakan.

Tetiba aku terasa jantung aku bagaikan dicengkam kasar daripada dalam tubuh. Cengkaman ia begitu perit membuatkan aku duduk terpunduk. Dadaku ditepuk-tepuk oleh tangan, cuba meredakan. Tetapi kepedihan dia semakin bertambah.

Aku lantas mencapai secawan air yang diisi olehku dengan tangan yang mengigil. Wajahku semakin pucat lesi dan bibirku menjadi berkerahan. Nafasku tersenguk-senguk, tatkala rongga pernafasan ini mula mengecut.

Air di tangan terus aku teguk, rakus. Sehinggakan ada lelehan daripada tepi bibir. Terus, aku sekanya lalu melepaskan nafas helaan lega.

Ini bukan sekali dua aku alami perkara macam ni, sudah banyak kali. Berulang.

Aku tak tahu macam mana ia boleh terjadi. Semua ini mula berlaku sejak peristiwa aku tenggelam dalam laut, dan tak sedarkan diri. Kadang kala aku rasa seperti diri aku dirasuk sesuatu yang aku tak faham apa dia.

Tetiba pintu diketuk oleh seseorang. Aku berpaling ke arah pintu kayu rumah kemudian berjalan ke arahnya. Sempat aku jenguk daripada tingkap, ingin melihat siapakah gerangan tersebut.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
crystal.Where stories live. Discover now