51

84 27 12
                                    


CHAPTER 51
w h e r e ?

NAMJOON menyisip gelas yang ada dihadapannya. Sudah buat kali keberapa dia meneguk gelas wine nya itu. Setiap hari, begitulah rutinnya. Tidak berubah langsung.

Kitsune dan Aedirn memerhatikan dengan pandangan yang amat kesal. Simpati juga ada. Sudah hampir tiga hari selepas kejadian di istana Skyfall. Rancangan mereka semuanya hancur. Hancur bagaikan serpihan. Sisa-sisanya juga diterbangkan tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Namjoon cuba menuang botol wine tersebut ke dalam sebuah gelas dengan tangannya yang mengigil-gigil itu. Tetapi hanya tersisa beberapa titis sahaja. Dia terus menghadap Kitsune dan Aedirn dengan pandangan mautnya.

" heyy.. dapatkan aku sebotol wine lagi. " Namjoon yang sudah mabuk itu masih lagi berkudrat untuk mengarahkan si permaisuri dan putera tersebut.

Kitsune hanya mampu menggeleng. Dia memerintahkan Valkyrie untuk dapatkan lagi beberapa botol wine. Aedirn hanya mengeluh.

Kini masa depan Northern Realms berada dalam genggamn kerajaan Skyfall. Pelik sekali sudah berlanjutan tiga hari tetapi masih tiada perubahan. Walaupun begitu, Kitsune dan Aedirn tahu mereka sepatutnya lakukan sesuatu dan memanfaatkan masa ini. Tetapi masalah yang mereka ingin selesaikan sekarang ini amat sukar.

Bahkan setaraf dengan mustahil.

Ke semua ahli Kristals sudah pun terpecah. Namjoon berada dengan mereka kerana mereka menjumpai Namjoon di kerajaan Kitsune sehari selepas kejadian, dalam keadaan tak sedarkan diri. Tetapi ada sesuatu yang telah terjadi pada Namjoon.

Dia tidak mempunyai kalung kristalnya dan paling buruk, dia sudah hilang ingatan!

Ini adalah perkara yang tak dapat ditolong. Entah apa kerabat Skyfall lakukan pada ketujuh-tujuh Kristals ini, sehinggakan hilang ingatan.

Tetapi Kitsune dan Aedirn tak dapat konfirm dengan keadaan enam kristal yang lain. Entah dicampakkan kemana, dan keadaan mereka juga— mereka tak tahu.

Sekarang, Namjoon pula membuat masalah dengan berkelakuan seperti seorang pemabuk yang tak mempunyai masa depan. Lagilah pening!

Oh buat pengetahuan, Aedirn dan Kitsune sudah menjadi rapat kerana wilayah mereka berjiranan. Kebanyakkan Putera dan puteri bagi setiap wilayah Northern Realms akan beraliansi dengan satu sama lain. Jadi hubungan mereka baik. Namun ada juga pemerintah wilayah di Northern Realms yang tak beraliansi.

" Kitsune, kita kena gerak. " Aedirn memandang ke arah Kitsune. Wanita itu hanya merenung wajah Namjoon dengan simpati sebelum matanya dilirikkan ke arah Aedirn.

" gerak kemana? " soal Kitsune. Benar-benar tak tahu. Aedirn memeluk tubuhnya.

" kita kena cari enam kristal yang lain lalu kumpulkan mereka. Jika ada sesuatu terjadi pada mereka, keberangkalian untuk Northern Realms diselamatkan amat nipis. " beritahu Aedirn dengan serius. Kitsune melepaskan keluhan apabila mendengarnya.

" aku tahu tu Aedirn, tetapi aku rasa macam kita tak ada harapan lagi. It is what it is. " Kepala Kitsune melurut, seperti tiada harapan langsung.

" Tak, kita kena kumpulkan mereka dan dapatkan kristal mereka kembali. Kalau Skyfall melakukan pemujaan dengan dewa dewi bagi menyerahkan ketujuh kristal itu dan mendapatkan kristal terakhir, Northern Realms akan dilenyapkan! " Tegas sekali, Aedirn mengatakan. Dia lah yang paling khawatir dengan keadaan Northern Realms di antara mereka berdua.

crystal.Där berättelser lever. Upptäck nu