24

526 121 264
                                    


CHAPTER 24
s k y f a l l

" JUNGKOOK kau yakin ke ini adalah rumah dia? "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" JUNGKOOK kau yakin ke ini adalah rumah dia? "

Soalan Taehyung membuatkan Jungkook menoleh ke arahnya. Wajah Jungkook nampak gusar, mungkin kerana rumah dihadapannya ini merupakan rumah Alana.

Tangannya terasa basah dengan peluh. Keringat mula mengalir daripada dahi. Nafasnya kelihatan tak stabil. Yoongi hanya memerhatikan gerak geri Jungkook. Matanya dipincingkan.

" Ya, inilah rumah Alana. Kitorang ekori dia sehingga kerumahnya. " Sampuk Hoseok, menyelamatkan Jungkook daripada ketidaktenteraman nya itu.

" itu bukan menhendap ke? " Seokjin menjungkitkan kening, merasakan tindakan mereka salah kerana mengekori gadis sehingga ke tempat tinggalnya.

" Tak salah kalau ianya penting. Sudahlah, mari masuk. " ajak Yoongi, terus mengorak langkah ke arah rumah itu. Tetapi Jimin terlebih dahulu menariknya.

" Hyung, takkan lah kita nak terus masuk rumah dia malam-malam buta? Apa nanti dia fikir? " Jimiin meningkah, menganggap plan itu amat tak masuk akal sekali.

Ia akan menakutkan Alana. Sudahlah semasa kali terakhir mereka bersua muka, Alana melenting. Nahas mereka kalau Alana melenting kali kedua.

" oh ya juga— "

" pintu dah terbuka. "

Semua berkalih ke arah empunya suara tersebut. Kelihatan Jungkook kini berada di hadapan pintu rumah Alana, menguakkan pintu masuk tersebut. Wajahnya berkerut seribu, kepalanya dijengukkan kedalam.

Namjoon menepuk dahi. Seokjin pula menggeleng-gelengkan kepalanya. Mereka sepatutnya berehat sekarang; memandangkan pagi tadi sudah puas mereka mencari Kristal ke-8 di seluruh pelosok daerah ini.

Tetapi here they are, terhendap-hendap kat belakang semak. Memecah masuk rumah seorang gadis bernama Alana.

Taehyung dan Yoongi bingkas bangun dan mendekati Jungkook. Kelihatan Jungkook sudah pun melangkah masuk ke dalam rumah tersebut sambil pandangannya melegari kawasan ruang tamu.

Jimin mengemam bibir, dia mahu jumpa Alana juga. Dia kini mengekori yang lain untuk masuk ke dalam rumah itu. Hoseok menyusul. Seokjin dan Namjoon berpandangan buat seketika sebelum melempiaskan keluhan yang berat.

Habislah mereka kalau Alana jumpa hidup-hidup. Sudahlah gadis itu diras—

" darah?! "

Tempikan Hoseok membuatkan langkah Namjoon dan Seokjin dilajukan. Mereka kini semua berada di dalam rumah tersebut. Mata mereka membuntang apabila melihat kolam darah yang ada di bahagian pintu kamar Alana.

crystal.Where stories live. Discover now