34

501 126 282
                                    


CHAPTER 34
p r i n c e s s o f s k y f a l l

CHAPTER 34p r i n c e s s  o f  s k y f a l l

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" BETUL ke Alana? "

Soalan yang ditujukan oleh Seokjin padaku membuatkan lamunan aku terus mati begitu sahaja. Wajah Seokjin kupandang lama sebelum aku memandang yang lain.

Minda aku berkecamuk. Wajahku berubah raut menjadi kegusaran. Tangan aku mengigil– tak tahu kenapa. Rasa gusar semakin menghambat diri.

" y-ya, aku puteri daripada Skyfall. "

Sekali lagi raut wajah mereka berubah. Nampak seperti mereka terkejut dengan jawapan aku. Namjoon seakan tak percaya.
Putera Aedirn sudah pun menjadi liar.

" Aku benci rakyat Skyfall. " dengan rengusan kasar, Aedirn berkata; mengugut. Aku terdiam seribu bahasa, begitu juga yang lain. Mereka seakan terpana, tak percaya dengan berita yang mereka baru sahaja ketahui itu.

Yoongi memandang aku dengan wajah redup. Begitu juga Jungkook. Hoseok tak terkata apa-apa menakala Seokjin menundukkan wajah. Jimin mengemam bibir dan Taehyung seakan tak tahu nak berkata apa. Namjoon mengeluh perlahan.

" Putera, penduduk skyfall tak akan mempunyai kuasa. " Namjoon menjawab tetiba membuatkan langkah Putera Aedirn terhenti. Lelaki itu melirikkan matanya ke arah Namjoon.

" dia ada kuasa? " Putera Aedirn menyoal sambil menundingkan jarinya padaku. Namjoon mengangguk ringkas sebelum berkata lagi.

" Jika dia benarlah Puteri Skyfall kenapa dirinya dibiarkan bersendirian di Northern Realms? " Jawab Namjoon lagi dan Putera Aedirn mula memikirkan ia. Kepalanya dianggukkan, dia terus mengambil tempat duduknya semula.

" kau ada kuasa ? " soal Putera Aedirn dengan wajah yang tak percaya. Keningnya bertaut dan mulutnya terkatup rapat.

Aku mengangguk, " Dia pernah menjinakkan naga Wyvern kepunyaan Kitsune dan Kraken, " jelas Taehyung pula. Kali ini semua memandang Putera Aedirn, ingin melihat perubahan wajah pada Putera tersebut. Aedirn bagaikan terpana, wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia tak mempercayai kata-kata mereka.

" ianya sudah jelas sekarang. " kata Putera itu dengan wajah yang serius. Matanya tak lari daripada merenung aku tajam. Bagaikan ada sesuatu yang tersirat daripada pemandangannya.

" Macam mana Putera kenal saya? "

Soalan yang tiba-tiba terpacul pada bibir aku membuatkan yang lain memandang ke arah aku. Namun aku endahkan mereka, Aku hanya menanti jawapan daripada Putera Aedirn dengan tenang.

crystal.Where stories live. Discover now