62

73 6 2
                                    

CHAPTER 62
m e e t i n g

" Nampaknya benda ni tak semudah seperti apa yang aku sangkakan

Hoppsan! Denna bild följer inte våra riktliner för innehåll. Försök att ta bort den eller ladda upp en annan bild för att fortsätta.

" Nampaknya benda ni tak semudah seperti apa yang aku sangkakan. "

Alana melabuhkan punggungnya di sebuah bangku yang berada sedikit jauh daripada perkarangan bandar. Matanya masih lagi tak berganjak daripada memerhatikan tingkah laku rakyatnya.

Sebahagian besar daripada rakyatnya semua memaparkan wajah yang gusar setiap kali mereka bertembung mata dengan Alana. Malah, ada di antara mereka yang terus mengatur langkah pergi daripada persekitaran itu. Melihat reaksi rakyatnya begitu, Alana menjadi kecewa dan termangu-mangu.

Dia ada buat salah ke?

" Memanglah susah. Fikir senang ke nak dapatkan hati semua orang di sini? " Jungkook menyampuk, dia menyandarkan tubuhnya di sebuah batang pokok yang rendang, di mana terdapat sebuah bangku kayu yang diduduki oleh Alana.

Alana melirikkan mata ke arah Jungkook dan wajahnya masih memaparkan kekecewaan. Jungkook yang melihat hanya mendiamkan diri, lantas memandang ke arah lain. Alana melepaskan keluhan.

" kalau macam ni, memang aku kena paksa kahwin dengan calon bonda lah. " kata Alana dengan nada yang lemah. Wajahnya  kelihatan geli dengan bayangan yang bakal dia tempuhi tatkala berkahwin dengan calon bonda di kemudian hari. Orang yang dia tak kenal mahupun cinta.

" apa yang susahnya? Kau kahwin je. " Jungkook dengan remeh, berkata. Alana mengerutkan wajah tatkala mendengar balasan lelaki tu.

" aku tak akan kahwin dengan orang yang aku tak kenal. " Alana menjawab dengan nada yang mendatar. Jungkook hanya mendiamkan diri, matanya tertumpu kepada penduduk-penduduk Skyfall tu.

" kalau calon yang mak kau nak padankan dengan kau tu adalah orang yang kau kenal, kau akan kahwin dengan dia lah? " soal Jungkook, tanpa memaparkan sebarang reaksi. Alana melirikkan matanya ke arah Jungkook.

" siapa calon yang aku kenal? " soal Alana, ternyata bingung dengan kata-kata Jungkook.

Jungkook lantas berdiri semula, membetulkan postur badannya. " entah, Edmund mungkin? " jawabnya, ringkas.

Alana mengerutkan wajah. " mustahil, dia abang aku. " jawab Alana terus, menganggap bahawa idea untuk dia mengahwini abangnya adalah idea yang bodoh sekali. Mereka tak mungkin berkahwin.

" kau dengan Edmund sama darah daging ke? " Jungkook terus menyoal, mengendahkan pernyataan Alana tadi.

Alana terdiam sejenak.

" tak.. " jawabnya pendek. Dia baru sedar sesuatu. Idea bahawa dia mengahwini Edmund mungkin kedengaran bodoh, tetapi ada kemungkinan yang ia akan terjadi.

" jadi ianya tak mustahil. " pintas Jungkook lagi. Dia menarik nafas sebelum pandangan matanya jatuh pada gelang emas di pergelangan tangannya.

Mindanya berfikir.

Du har nått slutet av publicerade delar.

⏰ Senast uppdaterad: Mar 16, 2023 ⏰

Lägg till den här berättelsen i ditt bibliotek för att få aviseringar om nya delar!

crystal.Där berättelser lever. Upptäck nu