10

576 135 386
                                    


CHAPTER 10
r e y.

AKU terbelenggu dek perasaan gundah gulana

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

AKU terbelenggu dek perasaan gundah gulana. Berderau darah ini pabila melihat gadis itu kini mengorak langkahnya ke arah aku dengan pandangan redup. Wajahnya pucat lesi seakan mayat hidup. Jungkook lantas berdiri dekat dengan aku, melindungi.

Mata gadis itu dilirikkan ke arah Jungkook. Matanya menerkam ke arah lelaki itu tetapi Jungkook langsung tak kelihatan gentar.

" Alana, ini aku.. Rey. " Sayup mengandungi hiba sahaja rentak nada suaranya. Aku meneguk liur. Rongga pernafasan aku seakan tersekat.

Itu memang Rey.. dalam mimpi aku.

Tetapi hati aku seolah-olah mengatakan bahawa ianya bukan lah satu idea yang baik untuk aku mempercayai kata-katanya.

" kau kenal dia? " Soalan Jungkook membuatkan aku ditarik masuk ke alam realiti semula. Aku memandang dia dengan kerdipan.

" ya.. dia— "

Terus, Jungkook menusuk badan gadis yang dipercayai nama Rey itu dengan pedangnya, dalam. Darah terpancut keluar daripada abdomen gadis tersebut cuma yang anehnya darah gadis itu berwarna hitam. Cecair hitam mula menitis di atas tanah, bertukar menjadi ular-ular kecil. Ular tersebut terus melingkar menyusuri ke dalam semak samun hutan tersebut.

Rey memekik kesakitan. Deruan angin menjadi semakin kencang dan kencang sehinggakan aku tak dapat kawal kestabilan batang tubuh aku.

Jungkook memisahkan pedangnya dengan tubuh gadis tersebut. Makin banyaklah pancuran darah terkeluar daripadanya. Aku menyaksikan adegan itu dengan pandangan yang tak percaya. Mulutku yang terlopong segera ditekup olehku.

Rusa dibelakang Rey terus menarik tubuh Rey memasuki ke dalam dadanya semula. Masih kedengaran lagi jeritan histeria gadis itu yang membingitkan telinga sehinggalah dada rusa yang telah dirobek tertutup semula. Dagingnya bersambung dan kemudian terus rusa tersebut melompat pergi.

Bagaikan dibawa angin malam, kelibat rusa itu hilang bagaikan debu.

Kedengaran Jungkook merengus kencang. Dadanya berombak, cuba menangkap udara. Keringat pada wajahnya dibiarkan mengalir pada wajah. Perlahan-lahan pedang kristalnya pudar daripada peganggan.

Dia toleh ke arah aku yang masih lagi terduduk kaku, trauma dengan apa yang telah aku lihat. Rey ditikam oleh Jungkook— membuatkan aku ingat mimpi aku dengannya sebelum ini.

Debaran menghambat dada. Jungkook bersimpuh dihadapan aku, menolak helaian rambutku yang terjurai dihadapan wajah kebelakang telinga. Deraman nafasnya hangat menyentuhi wajahku.

crystal.حيث تعيش القصص. اكتشف الآن