12

554 125 433
                                    


CHAPTER 12
s t r e n g t h .

TELAPAK tangan bersisik hitam milik wyvern diangkat tinggi melangit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TELAPAK tangan bersisik hitam milik wyvern diangkat tinggi melangit. Ia dijunamkan ke arah aku, tetapi aku lekas berguling ke arah bertentangan dan menangkap kemas pedang yang tercampak.

Aku bangkit pada dirian aku semula, perisai kubetulkan terus. Sorakkan daripada mahluk sekeliling membuatkan aku mengukirkan senyuman kecil. Sorakkan mereka bagaikan meniup semangat dalam jiwa raga untuk teruskan berusaha.

Deraman nafas Wyvern menjengah batang tubuh, meniup segala habuk pada tanah mengena aku. Dilindungi penglihatan ini dengan perisai, tanpa membuang masa mataku tertancap pada ekornya.

Kalau aku tak mampu tundukkan dia daripada bawah, akan aku tundukkan dia daripada atas.

Pedang disarungkan pada buntak yang berkulit. Ekor bersisik yang menyisir tak jauh daripada posisi ini terus aku kejar. Wyvern mengaumkan ngauman yang kuat, sekali lagi menghembur api biru daripada rongga tekaknya. Api biru itu menyambar marak, mengekori hujung langkah ini.

Mujur, atas kelajuan larian aku yang berdesup, terus sahaja aku melompat ke atas ekor binatang itu. Nafasku tersingap apabila dada menghempas pada bahagian hujung ekor wyvern ini. Tanpa berlengah, aku mencengkam sisiknya yang keras itu, merangkak naik ke atas tubuh binatang tersebut.

Wyvern seakan ketahui keberadaan aku di atas tubuhnya. Dia mula mengerakkan tubuh ke hulu dan kehilir; ingin mencampakkan tubuh aku daripada nya. Tetapi aku tetap mencengkam erat pada sisik binatang tersebut.

 Tetapi aku tetap mencengkam erat pada sisik binatang tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku merangkak sehingga kebahagian tengkuk Wyvern itu. Pedang yang ada di dalam sarung buntak ku di keluarkan menghasilkan bunyi besi yang berdesir. Di angkat pedang tersebut tinggi, mengumpul semangat untuk menikam bahagian leher binatang ini.

Tetapi Wyvern itu mengerakkan lagi badannya ke arah bertentangan membuatkan peganggan aku terhadap pedang tersebut goyah.

crystal.Where stories live. Discover now