CHAPTER 31
c r y s t a l c a n ' t l o v eSINARAN matahari menyinari segenap alam semesta. Burung berkicauan sambil berterbangan ke sana dan kemari. Bagaikan tiada langsung derita yang mereka alami. Aku hanya melihat suasana itu dengan wajah yang kosong.
Ianya menjadi lebih sukar untuk aku tenangkan diri sejak semenjak ini. Jantung aku kerap sakit sehingga aku tak dapat bernafas kadang-kadang. Tambahan lagi tatkala mendengar Yoongi cerita segalanya pada aku kelmarin.
Aku tak senang, rasa risau dan keliru. Apa sebenarnya jadi pada aku?
Pandangan mataku melorot memandang pada pergelangan tangan. Kelihatan tattoo awan masih ada. Aku merenung ia lama.
Aku ini seorang yang jahat ke dahulu?
" hey! " rangkulan tangan seseorang pada leherku membuatkan aku terkejut. Mataku bertembung dengan lelaki yang sudah tersenyum lebar memandang aku. Senyuman nya cukup bersinar.
" termenung apa tuu? " Hoseok menyoal dengan irama dalam nadanya. Dia memandang kehadapan, tercari-cari juga benda apa yang membuatkan aku termenung panjang. Aku tersengih lantas menggeleng.
" tak ada apa-apa. "
Hoseok melirikkan matanya ke arah aku, memandang diri aku sekilas. Dia memuncungkan mulutnya seraya mengangguk. " marilah masuk ke dalam, muka kau burn nanti kalau berjemur tengah hari buta ini. " ajaknya, menarik lengan bajuku mengikutinya. Aku akur sahaja.
Sesampai sahaja di dalam, aku melihat Jimin sedang duduk dihadapan meja dengan kad poker ditangannya. Berkerut seribu wajah dia memandang kad poker tersebut.
YOU ARE READING
crystal.
FantasyTujuh kristal, satu peluang. Dua nama, satu jurang. Bala daripada hujan meteor yang diturunkan daripada dewa dewi membuatkan separuh daripada populasi manusia mengalami kecacatan. Kecacatan yang luar biasa. Ada di antara mereka yang mempunyai ku...