Bab 56

1.9K 55 1
                                    

FARIHA menghendap dari pintu dapurnya. Kakinya terasa berat untuk melangkah mendekati sahabatnya yang termenung jauh di sofa berwarna putihnya itu. Sudah hampir 2 minggu Amani menumpang di apartment miliknya di Kajang.

Fariha sudah tidak tahu apa lagi yang boleh dia ungkapkan agar Amani tenang dan tidak bersedih. Dah berhari-hari dia melihat Amani menangis dibelakang dan dihadapannya. Sungguh, berat dugaan ini buat sahabatnya.

Fariha menghela nafas panjang sebelum mendekati Amani. Mungkin, dia tidak dapat banyak membantu disaat ini. Tapi, dia akan selalu disamping Amani untuk menyenangkan hati sahabatnya ini.

"Ani, aku ada beli goreng pisang tadi. Ni, kita makan sama-sama. Air tea o pun ada." Fariha bernada biasa.

Amani menoleh pada sahabatnya itu. Di hadiahkan sebuah senyuman manis tanda menghargai.

"Terima kasih, Riha. Aku sekarang ni hanya ada kau aje."

Sebak dada Fariha mendengarnya. Namun, dia cepat-cepat mengawal reaksinya. Kalau dia pun bersedih, alamatnya, menangis lagi lah mereka kat dalam rumah ni.

"Kau ni pun, Ani. Aku kan kawan kau. Mestilah aku akan selalu tolong kau dalam susah senang. Kau pun mesti akan tolong aku kan? Kau jangan cakap kau nak lari bila aku susah nanti. Siap kau." ugut Fariha cuba bersenda.

Amani tertawa kecil. Memang Fariha adalah seorang sahabat yang sangat baik. Terlalu baik. Sanggup melakukan apa sahaja untuk kebahagiaan dia. Sanggup bersamanya didalam susah dan senang.

"Tengok pada situasi lah. Kalau aku boleh tolong, aku tolong." Amani membalas gurauan itu.

"Cis, bertuah punya perempuan." Fariha membalas kasar lalu tergelak kuat.

Ketawanya mati apabila Amani termenung lagi. Fariha mendekatkan dudukannya lalu dipegang bahu Amani dengan lembut.

"Ani, sekarang ni, kau nak buat apa? Apa plan kau?" soalan serius Fariha membuatkan Amani menghembus nafas berat.

"Entah lah, Riha. Aku pun tak tahu apa yang patut aku buat. Aku buntu. Aku betul-betul buntu." serak suara Amani.

"Apa yang kau rasakan saat ini? Mungkin, kau boleh buat keputusan kau berdasarkan itu dulu. Kau perlu lakukan sesuatu, Ani. Kau tak boleh gantung perkara ni macam ni aje."

Amani mengangguk.

"Aku keliru. Semua benda aku rasakan saat ini. Aku marahkan diri dia yang sanggup buat semua tu untuk hancurkan hidup aku. Dia tipu aku hidup-hidup, Riha. Dia pisahkan aku dari mama aku, burukkan nama aku dan buatkan aku merasa hina dan bersalah padanya.

Aku sedih sebab dia suami aku. Hati aku hancur bila aku tahu yang dia merancang semua benda yang dah terjadi kat aku. Tapi, aku bersedih juga kerana aku faham apa yang dia lalui. Aku bersedih disebabkan darah yang mengalir dalam badan aku, adalah darah yang telah merenggut kebahagiaan dia.

Aku tak layak untuk dia, Riha. Kau cuba bayangkan kalau kau kat tempat dia, apa yang kau akan buat Riha? Kau mesti akan benci aku juga kan? Kau mesti takkan dapat tengok aku bahagia. Jadi, apa yang patut aku buat kalau aku marahkan dia tapi disamping itu aku memahami dia." panjang Amani meluahkan perasaanya.

Air mata mula mengalir ke pipinya lagi. Fariha cuba menahan sebak.

"Aku rindukan dia, Riha. Aku rindukan dia sangat. Tapi, aku tak mampu untuk berjumpa dia sebab aku marahkan dia dan rasa bersalah yang teramat. Aku kecewa dengan dia dan aku kecewa dengan diri aku sendiri.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now