Bab 9

3.2K 80 0
                                    

Suasana kelam diluar memang membuatkan badan ini malas untuk bergerak. Ditambah dengan hujan renyai yang bernyanyi malu. Sesiapa sahaja ingin berbaring diatas katil dan berselimut dengan rapat.

Amani pula sibuk dengan assignment yang tertunda semalam kerana program yang disertainya. Walaupun jam menunjukkan pukul 6 petang, tangan Amani masih tidak berhenti menaip di computer ribanya.

"Ani, kalau ya pun sibuk sangat, tukarlah baju dulu. Ini tidak, sehari suntuk baju tu, tudung tu. Tanggallah tudung tu dulu kalau tak sempat benda lain. Rimas aku tengok." Fariha menegur dari biliknya yang dihadang dengan dinding panel.

Amani masih menaip dengan laju tanpa menghiraukan teguran sahabatnya itu. Dikepalanya sekarang hanyalah menyiapkan assignment yang perlu dihantar malam ini. Fariha mendengus lalu meluru ke bilik Amani.

"Ya Allah, dia tak dengar tadi. Oi, Ani!" jerit Fariha. Terloncat sikit Amani dari kerusinya.

"Kau ni kenapa, Riha?" marah Amani.

"Aku cakap, tanggallah dulu tudung tu." arah Fariha.

Amani buat muka toya. Dengan kasar dia menanggal tudung silver yang kilat itu lalu di campak ke katil. Dia menyambung semula kerjanya. Fariha hanya menggelengkan kepalanya.

Amani ni kalau dah fokus pada sesuatu, memang tak akan layan benda lain. Kalau bercakap dengannya ketika ini, tak ubah macam cakap kat tunggul. Pernah dulu, teman sebiliknya bercerita punya panjang lebar tapi tidak dilayan Amani. Fariha menggelengkan kepalanya sahaja bila benda ni berlaku.

"Riha, kau kan tahu dia tu memang tak akan layan orang bila dia dah fokus sangat pada sesuatu. Tak payah dilayan sangat dia tu." Tegur Eina, kawan sebiliknya di compartment B dan juga kawan sekuliyah mereka.

Fariha berpaling kearah Eina yang sedang berdandan dihadapan cermin diruang tamu bilik mereka yang agak kecil itu. Eina memang mempunyai penampilan yang menarik. Dengan wajah yang putih melepak ditambah pula dengan tubuh yang kurus dan tinggi. Memang dia adalah pujaan ramai lelaki.

"Kau nak pergi mana pulak tu, Eina?" tanya Fariha dari bilik Amani.

"Aku nak keluar jumpa kawan sekejap." jawab Eina sambil menyalitkan lipstick pink dengan berhati-hati.

"Kawan ke boyfriend?" usik Fariha. Eina ketawa kecil mendengarnya.

"Kawan aje lah." Jawab Eina acuh tak acuh.

"Ya lah tu kawan. Berdandan cantik macam ni, sah-sahlah boyfriend." Fariha tak berhenti mengusik Eina lagi.

"Cantik ke? Thanks." Eina terus mendekati Fariha.

"Aku keluar sekejap aje. Kau dengan Ani tak keluar mana-mana ke? Esok kan kelas tak ada." Eina memandang Amani yang sedang leka menaip. Fariha juga memandang kawan sejatinya itu.

"Nak keluar ke mana. Tengoklah perangai budak tu. Bukan nak bergerak dah selagi tak siap. Lagipun, kalau keluar, kami keluar berdua aje."

Eina tertawa kecil mendengar jawapan Fariha. Dia tahu, Amani dan Fariha memang sudah menjadi bestfriend sejak kecil lagi. Mereka berdua ini seumpama belangkas. Memang tak boleh nak dipisahkan.

"Okay lah tu. Lepas siapkan assignment, ajaklah dia keluar. Aku nak gerak dah ni. Bye."

Eina pergi meninggalkan dua orang sahabat didalam bilik. Fariha memandang kawan lamanya itu. Dibandingkan dengan Eina, Amani juga boleh dikategorikan dalam golongan cantik. Dengan wajah putih, mata yang bulat dengan bulu mata yang asli lentik. Memang Fariha akui, Amani memang cantik.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now