Bab 51

2.6K 59 0
                                    

SEJAK pulang ke rumah, Amani diam membisu. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Wajahnya sugul dan tidak bermaya. Dia mengurungkan dirinya di dalam bilik.

Mujur Fariha menceritakan semuanya pada Danish. Kalau tidak, entah bila baru dia akan tahu apa yang telah terjadi. Isterinya memang jenis pemendam dan tak suka bercerita perkara yang menyedihkan.

Danish melangkah masuk ke dalam bilik itu sambal memegang bekas first aid. Dia menghampiri isterinya yang sedang duduk dibirai katil sambal memandang ke luar jendela.

"Sayang.." seru Danish dengan lembut.

Amani berdiam. Hanya deheman diberikan tanda menjawab seruan suaminya. Hatinya masih hiba dan sakit.

Danish duduk di sebelah isterinya. Tangan isterinya dipegang dengan lembut lalu melihat luka kecil ditapak tangan yang lembut itu.

"Biar abang ubatkan."

Amani menghela nafas panjang lalu memandang suaminya dengan senyuman yang dipaksa.

"Terima kasih, bang." Ucap Amani dengan mata berkaca.

"Kenapa pula nak berterima kasih ni, sayang. Abang akan buat apa pun untuk kebahagian sayang. Abang tak nak sayang bersedih atau terluka." ujar Danish lalu merawat luka di tangan isterinya.

Dalam ralit dia merawat, dia teringat pula sewaktu Amani merawatnya dahulu. Saat itulah pertama kali, dia percaya dengan getaran cinta yang ada di dalam hatinya. Saat itu jugalah, dia menghapuskan semua dendamnya yang tak berpenghujung.

"Sayang, tak nak cerita pada abang ke?" Danish cuba memujuk setelah selesai merawat isterinya.

Amani menatap ke dalam mata suaminya. Masih tidak kering rasanya air mata dia walaupun menangis sejak tadi. Saat ini, air mata sudah bertakung di kelopak matanya.

"Saya..." serak suara Amani.

Danish terus menggenggam tangan isterinya apabila wajah itu kelihatan sudah seperti ingin menangis.

"Abang dah tahu. Tadi, Riha dah cerita semuanyaa. Abang harap sayang bersabar. Sayang kena kuatkan semangat. Abang akan sentiasa ada untuk sayang."

"Terima kasih abang, kerana ada saat saya perlukan abang di sisi. Saya dah tak ada sesiapa lagi didunia ni. Saya sebatang kara, bang." menitis air mata Amani saat menuturkan ayat itu.

Iya, aku dah tak ada mak ayah. Bukan, memang dari dulu lagi, aku tak pernah ada mak dan ayah. Aku cuma dipungut dan dipelihara oleh orang asing. Benak Amani berkata.

"Sayang, abang kan ada. Sayang jangan risau. Abang akan ada sentiasa ada untuk sayang. Ummi dan abi pun ada sekali. Sayang bukan keseorangan. Sayang kena ingat tu."

Danish memaut bahu isterinya dengan manja.

"Pedih rasanya bang, bila orang yang kita anggap sebagai keluarga, sebagai dunia kita, buang kita macam kita ni sampah. Kenapa mereka jadikan saya sebagai keluarga, kemudian mereka jadikan saya sebagai orang asing? Kejamnya mereka, bang." Amani meluahkan dengan mata tertancap pada wajah suaminya.

Danish memeluk isterinya dengan rapat. Dikucup umbun kepala isterinya dengan penuh kasih.

"Sayang, ini semua ujian dari tuhan. Abang yakin, pasti ada hikmah disebalik semua ni."

Amani membalas pelukan suaminya. Air matanya tertumpah sedikit demi sedikit.

"Abang yakin, isteri abang ni seorang yang kuat. Yang boleh terima qada' dan qadar Allah dengan ikhlas." Danish menambah dengan kasih.

Amani memandang wajah suaminya.

"Abang, boleh janji sesuatu dengan saya?"

"Apa dia, sayang?"

"Janji yang abang takkan tinggalkan saya. Takkan buang saya macam mereka buat."

Ya Allah, hiba hati Danish mendengarnya. Amani, kalaulah sayang nak tahu, dalam hati abang sekarang, abang yang berharap sayang takkan buang abang. Sayang takkan tinggalkan abang saat semuanya terbongkar.

Tapi apakan daya, masa tak boleh diputarkan semula. Kesilapan telah dilakukan. Dia hanya mampu berdoa supaya apa yang telah dilakukan terhadap isterinya, kekal rahsia selamanya.

"Abang janji dengan sayang yang abang akan sentiasa bersama sayang. Abang takkan pernah tinggalkan sayang dan abang takkan buang sayang dalam hidup abang. Sebab abang cintakan sayang sangat. Abang tak boleh hidup tanpa sayang.

Tapi, sayang pun kena janji dengan abang yang sayang takkan buang abang. Sayang takkan tinggalkan abang walau dalam apa jua keadaan. Bolehkan sayang janji dengan abang?"

Amani tersenyum lalu mengucup pipi suaminya.

"Saya janji. Saya pun cintakan abang. Saya takkan pernah tinggalkan abang. Terima kasih bang sebab hadir dalam diri saya dan terima saya."

"Tak, abang yang patut berterima kasih pada sayang sebab hadirnya sayang dalam hidup abang membawa sejuta erti kebahagian. Abang bersyukur dan akan sentiasa bersyukur dikurniakan sayang sebagai anugerah yang terindah."

Danish mengucup pula pipi isterinya dengan lembut. Amani memandang ke dalam mata suaminya.

Ya Allah, terima kasih atas anugerah ini. Kau hadirkan duka dalam hidup aku, namun kau berikan sirna bahagia untukku juga. Hanya Adam Danish yang bertakhta di hati ini buat selamanya. 

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now