Bab 31

3.1K 72 1
                                    

"JADI, apa yang you akan buat sekarang?" soal Farah bersandar pada kerusi.

Danish menghirup Cappuccino dengan perlahan lalu tersenyum memandang Farah.

"Dia dah keluar dari keluarga I dan dah jadi isteri you. Apa yang you nak buat dengan dia sekarang?" soal Farah dengan nada tenang.

Danish menghela nafas panjang. Sebenarnya, dia juga tak bersangka rancangan ini akan berjaya. jadi, dia memang buntu untuk langkah seterusnya. Dia hanya ingat rancangan ini akan menjadikan Amani terseksa seorang diri. Tak sangka begini rancangan ini terjadi.

Rancangan ini bermula saat pertama kali dia bertemu Farah di majlis pertunangan Najiha dan Mukhlis. Dia mendekati Farah di belakang Amani dan perlahan-lahan mengetahui bahawa Farah juga membenci perempuan bernama Amani.

Disitu dia mengatur strategi dan memujuk Farah untuk bersama-sama menghancurkan kebahagian Amani. Memang, dia sangat membenci Amani dan segala luahan cintanya sebelum ini adalah palsu kerana dia ingin mendekati Amani lalu menghancurkan hati wanita itu.

Apabila rancangan menawan hati Amani gagal, dia terus memikat dan memujuk Farah untuk menyertainya. Dan, perlahan-lahan rancangan mereka diatur sehinggalah ke hari ni.

"Kenapa you diam? Tak sangka you sanggup kahwin dengan dia kan? I tahu you benci sangat tengok muka dia."

"I terpaksa and you tahu kan kenapa. Tapi, sekarang ni, bila dia dah jadi isteri I, lagi senang kita nak hancurkan hidup dia." jawab Danish dengan senyuman yang lebar.

"Maksud you?" tanya Farah dengan dahi berkerut.

Danish diam sekejap. Dia pun tidak tahu apa yang harus dilakukan pada Amani untuk membuatkan perempuan itu merasai derita seperti mana dia merasa terseksa sejak kecil dulu.

"You jangan risau. I akan pastikan hidup dia terseksa sampai dia merayu tak nak hidup lagi. You tengoklah nanti." Ujar Danish dengan tenang.

"You tahukan bukan yang tu I paling risaukan sekarang ni. Lantak dia lah nak terseksa ke, nak mati ke. Yang I risau sekarang ni, you. I takut you tinggalkan I disebabkan dia."

Danish ketawa kecil.

"You tak payah risau pasal I akan jatuh cinta dengan dia ke tak sebab I tak akan jatuh cinta pada orang yang dah hancurkan kebahagian I. I akan pastikan dia menderita sepanjang hidup dia bermula saat ini."

Farah merenung wajah Danish dengan mata yang mengecil. Sukar untuk dia merasa senang selagi perempuan itu tidak keluar dari hidup semua orang yang dia sayang.

"Look.." ujar Danish lalu memegang tangan Farah dengan lembut.

"I tak akan jatuh cinta dengan dia. You jangan risau. I janji dengan you."

Bibir Farah perlahan-lahan mengukir sebuah senyuman. Danish membalas senyuman itu dengan manis.

"Okay. Jadi, apa yang perlu I buat? Sampai bila I kena tunggu you?"

"You tunggu aje dulu. I akan pastikan dia yang melangkah keluar dari hidup kita semua dengan sendirinya."

Farah mengangguk setuju.

"Tapi, satu lagi benda. You kena rahsiakan dari semua orang tentang rahsia kita dan rahsia I. Tak ada sesiapa pun boleh tahu tentang ini."

"Rahsia kita dan rahsia you? Bukankah rahsia you dah jadi rahsia I? So, memang akan jadi rahsia kita sampai bila-bila."

Iya, Danish mempunyai rahsia besar mengapa dia begitu membenci Amani. Kerana rahsia itu, dia sanggup menghancurkan hidup seorang wanita yang tidak bersalah. Rahsia itu membuatkan dia berdendam dengan Amani yang akan memakan dirinya suatu hari nanti.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now