Bab 46

2.9K 60 1
                                    

DANISH memerhati dari muka pintu dapur itu dengan hati yang berat. Kelihatan Amani sedang menolong di dapur untuk makan malam ini. Hatinya hiba memikirkan apa yang terjadi pada isterinya.

Datin Fatimma menceritakan semuanya kepada Danish setelah pulang ke rumah. Bagaimana Amani dihina dan dikasari oleh keluarga yang membuangnya. Bagaimana Amani menangis sepanjang berpisah dengan mamanya sepanjang perjalanan pulang.

"Ummi saksikan sendiri semuanya, Danish. Sebab tu, ummi janji dengan diri ummi sendiri yang ummi akan jaga dan lindungi Ani dari mereka dan juga sesiapa pun yang ingin menyakiti dia." ujar Datin Fatimma yang duduk bersebelahan Danish di sofa ruang tamu.

"Danish akan jaga dan lindungi isteri Danish, ummi. Ani dah lalui bermacam-macam dugaan dan cabaran. Danish akan sentiasa bersama dia dalam tawa dan tangis." Danish berjanji juga.

Dan juga, kerana Danish yang menyebabkan Ani dibuang keluarganya. Danish yang membuatkan Ani menderita. Danish akan melindungi dan menjaganya sehingga Danish mati. Hati Danish berbicara kerana tidak mampu dituturkan.

Fatimma menggenggam tangan anak susuannya itu dengan erat.

"Ummi yakin, Danish akan bahagia dengan Ani. Danish adalah jodoh Ani. Doa ummi akan sentiasa mengiringi kamu berdua."

"Terima kasih ummi. Danish memang bahagia sekarang. Betul kata ummi, saat Danish bukakan hati untuk menerima dia, Danish bahagia. Danish tenang."

Datin Fatimma tersenyum.

Ya, kini hatinya sangat tenang. Setiap hari, dia rindukan isterinya. Setiap saat, dia mahu mendengar suara isterinya yang indah itu. Melihat wajah isterinya, membuatkan semua masalah dan gundah hilang.

"Kalau tercegat kat situ tanpa tolong kami tak ada gunanya."

Suara Najiha mematikan lamunan Danish.

"Abang buat apa kat dapur?" Amani bertanya sambil mengupas bawang di meja.

Najiha berdepan dengan Amani sambil memotong sayur.

"Nak tolong lah. Bosan duduk bilik seorang diri." ujar Danish sambil menghampiri Amani.

"Tolong? Apa kau boleh tolong? Tolong tengok?" Najiha bergurau.

"Tolong tengok isteri aku lah. Kang, dibuli oleh kau pulak." Danish membalas.

Datin Fatimma dan Mak Jah yang sedang membasuh ikan dan ayam di sinki tersenyum sesama mereka mendengarnya.

"Aku nak buli orang? Sorry sikit ya. Aku ni perempuan melayu terakhir tahu tak. Benda-benda jahat macam buli ni aku tak buat."

Amani dan Danish tertawa.

"Apa perempuan melayu terakhir? Nak masak pun tak pandai, ada hati nak jadi perempuan melayu terakhir."

Najiha mencebik.

"Tengah belajar lah ni." Najiha buat muka geram.

Danish selalu guna ayat tak pandai masak kalau nak membalas guraunnya.

"Akak, banyak lagi bawang ni tak siap kupas. Akak nak tolong ke?" soal Amani setelah Najiha siap memotong sayur.

Najiha menghela nafas panjang. Dia tak gemar mengupas bawang kerana akan memedihkan matanya. Namun, dah kerja lain tak ada lagi buat masa sekarang. Terpaksalah buat.

Najiha duduk dengan wajah berat.

"Kau tolong lah sekali kupas bawang ni." Najiha memaksa Danish.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now