Bab 38

2.9K 61 2
                                    

SEJAK tadi Datin Safiah tak henti menangis di depan abang ngahnya. Puan Latifah setia duduk di sebelah suaminya.

"Sabarlah, Piah. Dah takdir namanya." Datuk Johan cuba menenangkan adiknya.

"Sabar apa, ngah. Hati saya ni sakit sangat. Dia tipu saya kat belakang. Dia tipu keluarga dia sendiri."

Datin Safiah menyapu air matanya dengan tisu. Farah pula sentiasa memeluk kejap bahu ibunya.

"Apa yang patut saya buat sekarang ni, ngah? Saya buntu sangat."

"Kau kena berbincang dengan suami kau elok-elok lah. Ni kan masalah rumah tangga kau. Apa-apa masalah kena berbincang."

"Bincang apa, ngah. Ditamparnya saya ni bila diri sendiri dah kantoi. Saya tak berani nak berbincang dah."

"Apa yang kamu buat sampai si Farhan tu tampar kamu, Piah? Sekenal aku, Farhan tu ikut je apa yang kau nak. Orangnya lembut."

"Abang nak cakap ni salah Piah ke? Abang, Piah tak buat apa-apa pun. Piah cuma tanya je. Sebab dia malu, dia tampar Piah." bohong Datin Safiah.

"Aku tak cakap pun ni salah kau. Kau kena selesaikan masalah nil ah, Piah. Kena juga berbincang dengan suami kau." Datuk Johan tenang memberi cadangan.

Farah hanya diam di sebelah mamanya. Semalaman dia menemani mamanya di rumah. Tak sangka papanya sanggup untuk curang di belakang mereka semua.

"Piah, ni urusan laki bini kau. Kalau boleh, jangan libatkan anak-anak kau atau sesiapa pun. Kamu berdua je selesaikan." Puan Latifah pula menyambung.

"Saya tak tahu nak buat apa, kak. Saya buntu."

Datin Safiah menangis dengan kuat.

"Sabarlah, Piah. Kau kena terima dengan redha. Inikan memang sudah takdir Allah." Datuk Johan menambah.

Puan Latifah ketawa sinis. Terus semua mata memandangnya.

"Kenapa, Pah?" soal Datuk Johan dengan tegang.

Datin Safiah dan Farah hanya diam memandangnya.

Puan Latifah diam. Tak mahu memberi jawapan. Ketawanya tadi keluar tanpa sengaja.

"Cakaplah, Pah. Apa yang lucu?"

Puan Latifah menghela nafas panjang.

"Abang nak tahu ke?"

"Mestilah. Tiba-tiba awak ketawa kenapa?"

"Saya ketawa dengan apa yang abang cakap tadi. Redha."

Datuk Johan mengerutkan dahinya.

"Abang suruh si Piah ni redha dengan takdir Allah tapi abang sendiri macam mana pula? Abang redha ke?"

"Kenapa pula saya nak redha, Pah?"

"Hanya kerana satu kesalahan, abang halau dia dari sini. Abang tak terima semua ni. Abang tak redha dengan takdir Allah sebab tu abang buang dia."

Terkedu Datin Safiah dan Farah di situ. Inilah pertama kali dia melihat Puan Latifah berani mengeluarkan ayat sebegitu.

"Kenapa awak sebut pasal dia lagi? Dia dah tak ada kaitan dengan kita kan."

"Abang sedar tak yang abang masih tak redha? Kalau tak, kenapa nak sebut nama Ani pun tak boleh? Kenapa abang buang dia hanya kerana satu kesalahan yang di buat?" agak tinggi suara Puan Latifah.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now