Bab 36

3K 70 0
                                    

FARAH tak senang duduk. kejap berdiri, kejap duduk di sofa ruang tamu rumahnya. Mana taknya, sikap Danish berubah dalam sekelip mata.

Semalam, Farah keluar bersama Danish dan mengajaknya berjalan-jalan di Mid Valley. Dia perasan sikap Danish yang agak dingin namun cuba diendahkan. Tapi, akhirnya dia menyuarakan ketidak puasan hatinya itu.

"Kenapa I tengok you macam pelik aje?" soal Farah dengan kuat.

Mereka berhenti dari berjalan.

"Apa maksud you?"

"Selalunya, you tak macam ni. Sekarang ni, I tanya sepatah, you jawab sepatah. Kadang-kadang, just angguk aje. You ni kenapa?"

"I okay aje. Mungkin sebab I penat."

Farah mencebik.

"Penat? Penat dengan I?"

"Kenapa pulak you cakap macam ni, Farah? I memang penat. You jangan nak buat perangai kat sini. Kalau you tak suka, I boleh balik sekarang. Baik I berehat kat rumah aje. Lagi bagus."

Farah melopongkan mulutnya.

"How dare you!! Sampai hati you buat I macam ni kan? You dah kenapa ni, Danish sampai sanggup nak marah I semula? Sebelum ni, you layan I dengan mesra aje. Kenapa tiba-tiba you macam jauh dari I? You dah tak cintakan I?"

Soalan Farah di biar sepi. Danish malas nak layan perangai Farah. Selama ni aku mesra dengan kau sebab lain, bukan sebab cinta. Tak mungkinlah aku akan jatuh cinta dengan perempuan macam kau. Gerutu hati Danish.

"Danish!!" jerit Farah sambil berlari membuntuti Danish.

"You jangan berani macam-macam dengan I." ujar Farah sambil memaut lengan Danish dengan kuat.

Danish buat muka toya.

"You jangan lupa janji-janji you dan apa yang I dah buat untuk you. I dah buat macam-macam untuk you. You kena ingat itu semua."

"Farah, semua tu keputusan you. You yang decide nak buat semua tu sendiri. I tak paksa pun you. Jadi, jangan nak guna semua yang you dah buat untuk ugut I sebab I tak takut."

Danish dah hilang sabar. Perempuan macam ni kena sedar langit tu tinggi ke rendah.

Farah diam. Wajah Danish serius.

"Sayang, I minta maaf. I tak ada niat pun nak buat you marah." Farah cuba memujuk.

Dia tahu, Danish mesti dalam keadaan bad mood. Sebab itu dia tak mahu meneruskan pergaduhan ini lagi.

"Sudahlah, I nak balik."

Danish terus berlalu meninggalkan Farah di situ.

Farah resah. Hari ini pula Danish tidak membalas sebarang mesej mahupun panggilan darinya. Kenapa lelaki itu boleh berubah secepat ini? Apa yang membuatkan dia berubah? Hanya persoalan itu muncul dibenaknya.

"Kenapa termenung kat situ?"

Fariz menegur dari belakang. Farah menoleh dengan muka terkejut sebab Fariz tiba-tiba muncul dari belakang.

"Tak ada apa-apa. Kenapa abang kat rumah?"

"Ni kan rumah abang jugak. Mesti lah kena duduk kat rumah."

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now